Mari Kita Raikan Kejayaan REVOLUSI Isnin Ini! Posted on Thursday, February 17 @ 05:00:00 PST Dilulus untuk paparan oleh Juragan |
Oleh: LeeSlimShady
"
Sejak Kelahiran Nabi Yusuf a.s, hingga pengembaraan iskandar zulkarnain dan membawa kepada kelahiran Nabi Musa a.s yang sendiri menyaksikan kezaliman firaun,bangsa mesir terus melarikan diri dan tidak mengambil keputusan untuk melawan.
Tetapi hari mesir ke arah satu kegemilangan intifada semenjak Ikwanul Muslimin, sebuah gerakan Islam yang telah melahirkan Fatah dan Hamas ditindas dan di haramkan kini membawa ke arah sebuah kebangkitan.
Kebangkitan yang di lihatan sebagai rentetan sejarah kebangkitan umat manusia menentang ketidakadilan. Revolusi rakyat china,Bolsheviks,Revolusi Islam Iran dan Revolusi jasmin Tunisia menjadi inspirasi kepada kebangkitan melawan.
Bumi yang menjadi kelahiran para anbiya' kini menjadi medan menuntut erti keadilan men;nyahkan barua - barua israel dari muka bumi mesir.demonstrasi berturut - turut menjadi satu pengajaran pada para diktator.
Rakyat Mesir dan rakyat Arab yang bangun pada pagi ini melihat dunia telah berubah. Dunia baru ini bukan dunia yang ditempah dan di canai di Rumah Putih atau Tel Aviv.
Dunia baru kali ini adalah dunia buatan mereka sendiri. Dunia ini ditempah di jalan raya.
Selama 30 tahun rakyat Mesir digula-gula dengan pilihanraya. Kali akhir tahun 2005 di mana Mubarak dan National Demokratik Parti telah menipu dalam pilihanraya itu.
Husni Mubarak telah menggunakan Suruhanjaya Pilihanraya, Polis, Mukhabarat/SB, Soldadu untuk menipu, mengancam dan menekan pengundi agar memilih NDP dalam pilihanraya ini.
Husni Mubarak juga telah menolak:
- penggunaan dakwat
- menggunakan undi pos
- hanya NDP boleh ada laporan media
- hanya NDP boleh membuat iklan di media
Malah ada tempat tempat langsung tidak ada proses pengundian berjalan. Calon NDP terus menang.
Akhirnya warga Mesir telah memilih jalan raya. Hanya jalan raya dan bukan pilihanraya yang difajhami oleh trejim rejim zalim dan menipu.
Apabila Husni Mubarak telah diundurkan maka barulah boleh satu pilihanraya yang jujur, adil dan diyakini dapat dijalankan.
Sejarah telah menunjukkan yang zalim ganas hanya boleh dilawan dengan jalan raya bukan pilihanraya:
Ahmad Reza Pahlevi Raja Segala Raja Iran jatuh kerana jalan raya.
Marcos jatuh kerana jalan raya.
Suharto jatuh kerana jalan raya.
Park Chung Hee jatuh kerana jalan raya.
Emperor Bokassa jatuh kerana jalan raya.
Dan terakhir ini Hosni Mubarak jatuh kerana jalan raya.
Salut kepada mereka yang memilih jalan raya.
Hari ini umat manusia meraikan pesta demokrasi,kemahuan dan hak mesti di tuntut bukan di turut
AKHIRNYA setelah 18 hari berhimpun, berdemo, mendesak hingga ratusan rakyat marhaen yang terkorban, akhirnya Hosni Mubarak pergi jua....
Inilah yang dikatakan "kuasa rakyat kuasa keramat".... Ambillah iktibar buat semua pemimpin, jangan sombong dan angkuh serta menindas rakyat bila berkuasa...
OLEH ITU MARI KITA RAIKAN KEJAYAAN KEBANGKITAN REVOLUSI RAKYAT ISNIN INI!!!!!!!
Tarikh : 22 Februari (Hari Isnin)
Jam : 8.00 malam
Tempat : Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan