PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Jumaat, 18 Februari 2011

UMNO MEMANG SELALU BUAT TINDAKAN BODOH YANG AKHIRNYA KENA KAT BATANG HIDUNG MEREKA SENDIRI

Pemuda PAS Perak menyifatkan serangan terhadap kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kerana mewujudkan portfolio pengerusi jawatankuasa hal ehwal bukan Islam, sebagai agenda politik sempit Umno bagi meraih sokongan.


Sedangkan, kata timbalan ketuanya, Mohd Munir Ali, selepas rampasan kuasa oleh Umno/BN di Perak, Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang sebenarnya terlebih dahulu mewujudkan portfolio yang sama di dalam pentadbirannya di negeri itu.

"Jawatan portfolio pengerusi jawatankuasa hal ehwal bukan Islam tersebut dipegang oleh seorang wakil tunggal MCA iaitu Datuk Mah Hang Soon.

"Tidak pula ianya dijadikan isu oleh Umno dan tidak pula Umno mengatakan bahawa taktik yang sama untuk menarik undi rakyat?" kata Mohd Munir dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi Umno perlu sedar bahawa tindak tersebut juga telah dilakukan oleh kepimpinan mereka di Perak, namun malangnya tiada siapa di kalangan mereka "yang sudi mengingatkan Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang sudah tentu terlupa akan perkara tersebut".

Semalam, Mukhriz yang juga timbalan pengerusi Umno Kedah dilaporkan berkata penubuhan portfolio baru itu taktik DAP untuk menarik undi rakyat.

Beliau juga dilaporkan berkata, setiap tindakan yang dibuat oleh DAP ada agenda di sebaliknya yang semata-mata bertujuan meraih undi untuk menang dalam pilihan raya.

Mukhriz yang juga timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata dalam Perlembagaan Persekutuan jelas dinyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi persekutuan manakala agama-agama lain juga bebas dianuti oleh warganegara Malaysia kecuali yang beragama Islam.

"Jadi, apabila ditubuhkan portfolio baru (ini), ia seolah-olah satu usaha untuk menghina raja jika dipandang berdasarkan aspek itu," kata Mukhriz lagi.

Sehubungan itu, Mohd Munir berkata, amat jelas Umno sentiasa mengamalkan 'double standard' dalam memberikan persepsi yang buruk terhadap musuh politik mereka dan mudah melupakan keburukan sendiri.

"Mengapa pula tidak dikatakan bahawa agenda yang sama sebagai agenda politik Umno/BN di Perak? Pemuda PAS Perak melihat semua kenyataan Datuk Mukhriz patut dilabelkan juga di Perak," tegasnya.

Oleh itu, Mohd Munir berkata, Pemuda PAS Perak berharap Umno/BN Perak akan bersuara terhadap kritikan yang telah dilemparkan oleh Datuk Mukhriz terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang.

Katanya, ini kerana kritikan tersebut juga terkena kepada kerajaan negeri Perak di bawah BN yang telah menubuhkan portfolio yang sama.

"Adalah tidak adil tindakan Datuk Mukhriz yang tidak mencemuh perkara yang sama berlaku di Perak hanya kerana ianya di bawah pemerintahan BN

dan cuma menjadikan mana-mana kerajaan negeri di bawah Pakatan sebagai sasaran serangan politik mereka," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan