PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 21 Februari 2011

Muhyiddin cadang nak swastakan sekolah kerajaan pulak...
Goto page 1, 2 Next
Post new topic Reply to topic www.tranungkite.net/v11 Forum Index -> Borak Politik & Isu Semasa
View previous topic :: View next topic
Author Message
sebispi
Rekrut
Rekrut


Joined: Apr 02, 2009
Posts: 53

PostPosted: Tue Feb 22, 2011 12:41 am Post subject: Muhyiddin cadang nak swastakan sekolah kerajaan pulak... Reply with quote

Apa dah jadi ni sampai nak swastakan sekolah kerajaan pulak, mana tanggugjawab sosial kerajaan kpd rakyat.. apakah dgn cadangan tersebut ibubapa/penjaga pelajar kena bayar kos pengurusan sekolah dan mgkin juga gaji guru.

NUTP Bantah Penswastaan Sekolah
Ditulis oleh BERNAMA
21/02/2011 Share

KUALA LUMPUR 21 FEB : Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) hari ini berkata kesatuan itu membantah sebarang langkah untuk menswastakan sekolah kerajaan.

Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata dasar baru kerajaan berhubung kerjasama awam dan swasta dalam pendidikan perlu hanya terhad kepada penambahbaikan dalam infrastruktur serta peralatan dan tidak seharusnya menyentuh aspek akademik.

Beliau berkata penswastaan bidang lain akan ‘melonjakkan kos dan menjadikan persekolahan terlalu mahal dan di luar jangkaan golongan miskin.’

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, di Limbang minggu lepas bahawa kerajaan menimbangkan untuk menswastakan sekolah tertentu atau membenarkan pihak swasta untuk menguruskan pembaikan dan penyelenggaraan.

Lok berkata bantuan sektor pendidikan seharusnya merangkumi pembiayaan dalam bentuk biasiswa dan bantuan kewangan kepada golongan miskin.

Bagaimanapun, kesatuan itu mahu pentadbiran, sukatan pelajaran dan pengajaran diselia oleh Kementerian Pelajaran tanpa sebarang campur tangan daripada rakan daripada sektor swasta.

Terdapat 9,943 sekolah di seluruh negara, dengan 5.4 juta pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan