PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Rabu, 23 Februari 2011

Saifudin bertemu Pro-M dan Pro-A UPM
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abddullah pagi ini bertemu dengan kedua-dua kumpulan, Pro-Mahasiswa (Pro-M) dan Pro-Aspirasi (Pro-A) Universiti Putra Malaysia (UPM) berikutan perjalanan pilihan raya kampus berkenaan yang penuh kontroversi.

Perkara ini dimaklumkan jurucakap Majlis Politik Nasional (MPN) Gamis, Ahmad Shukri Kamarudin kepada Harakahdaily pagi ini.

Bagaimanapun tidak dinyatakan di mana pertemuan itu berlangsung.

Saifuddin seperti dilaporkan sebuah portal berita semalam mahu pentadbiran UPM agar mengekalkan keputusan pilihan raya kampus seperti yang diumumkan kelmarin.

Beliau dipetik sebagai berkata, "saya sangat jelas dalam perkara ini, saya tidak bersetuju dan saya cadangkan supaya kekalkan keputusan seperti keputusan pengundian.

“Jangan nanti orang anggap kita seperti Burma yang tak iktiraf Aung San Suu Kyi, jangan orang anggap kita seperti Palestin yang tak iktiraf kemenangan Hamas,” katanya.

Kontroversi di UPM bermula apabila pentadbiran universiti semalam menarik balik pembatalan kemenangan 11 calon pro-M atas alasan berkempen secara berkumpulan.

Pembatalan itu menyebabkan Pro-M bertindak berhimpun di hadapan bangunan pentadbiran UPM bagi mendesak Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan menjelaskan sebab pembatalan itu.

Perhimpunan itu berlanjutan sehingga ke petang semalam kerana Mohd Fauzi enggan turun bertemu dengan mahasiswa.

Keenggganan Dr. Fauzi bertemu mereka menyebabkan mereka nekad merempuh pintu kaca bangunan berkenaan dan lima orang wakil Pro-M dapat bertemu Mohd Fauzi.

Setelah berbincang kira-kira setengah jam, Mohd Fauzi akhirnya akur dengan desakan Pro-M dan menarik balik pembatalan tersebut.

(Gambar: Pelajar Pro-M UPM membuat bantahan di kampus universiti itu)

Sementara itu, Ahmad Shukri berkata, Pro-M UPM tetap mahu TNC HEP memohon maaf secara terbuka kepada mahasiswa dia ats keputusan tidak konsisten beliau yang menyusahkan mahasiswa.

"Di peringkat Pro-M UPM, kami tetap meminta TNC HEP memohon maaf secara terbuka kepada Pro-M kerana membatalkan kemenangan calon yang menyusahkan mereka.

"Pro-M berjaga sepanjang malam di hadapan bangunan pentadbiran semata-mata memohon penjelasan di atas pembatalan itu. Ini menyusahkan calon yang dipilih melalui undi mahasiswa," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menjelaskan tindakan merempuh pintu itu, Syukri berkata ianya terpaksa dilakuakn kerana sudah lama menunggu TNC HEP memberikan penjelasan.

"Kami beri masa kepada TNC HEP dari pagi lagi tapi beliau tak endahkan tuntutan kami supaya bagi penjelasan. Jadi kami terpaksa berbuat demikian," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan