
Rumahnya yang berusia lebih 25 tahun terletak di sebidang tanah milik swasta di sebuah estet kelapa sawit di Kampung Paya Yoki, kira-kira 6km dari pekan Merlimau dan kira-kira 500m daripada kawasan kejiranan yang paling hampir.
Hanya lima tahun lalu Ragunathan mendapat sambungan bekalan elektrik ke rumahnya, itupun bukan melalui cara yang sepatutnya.
Selepas bertahun-tahun permohonannya asyik ditolak, beliau membayar RM30,000 kepada seorang juruteknik bagi membuat penyambungan 'haram' bagi mendapatkan bekalan elektrik. Ini dilakukandengan pemasangan tiang ke rumahnya daripada grid tenaga yang terletak kira-kira 2km jaraknya.

Ragunathan, ayah kepada tiga anak itu berkata bekalan air harian kini diperolehi menerusi sebuah kolam 9 meter yang di belakang rumah mereka. Bagi air minuman, bekalan diperolehi daripada sebuah perigi.
“Saya masih bertanya kepada pihak berkuasa bila boleh dapat bekalan air paip. Malah, sehingga hari ini, saya terus telefon mereka,” katanya ketika ditemui.

Terdapat lebih kurang 20 pemilik tanah yang masih tinggal di kawasan yang sama. Ada yang telah berpindah kerana terlalu sukar bagi meneruskan kehidupan tanpa keperluan asas.
Menjelang pilihan raya kecil ini, Ragunathan berharap masalahnya dapat diselesaikan.

“Saya telah undi dacing (logo BN) sejak beberapa pilihan raya lalu, dan ini kali pertama ada orang yang bertanyakan mengenai kehidupan kami.
"Keluarga saya ada 12 undi…kita akan lihat apa yang berlaku pada pilihan raya kecil nanti,” kata Ragunathan, yang juga mendakwa dirinya sebagai penyokong MIC.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan