Bahaya rakyat menyokong parti Sekular BN.
Mengapa?
Sekular adalah fahaman memisahkan iaitu fahaman yang memisahkan apasaja dalam agama dan politik kepada bentuk yang dikehendaki oleh perancang perancang sekular antaranya memisahkan pengabdian seseorang daripada keadaan mengabdikan diri kepada tuhan kepada tidak berpegang pada amalan ketuhanan (agama). Apapun ketika ini kedua-duanya dipisahkan iaitu pihak sekular memisahkan agama dari politik. Dalam politik pula pihak sekular bermatlamat menguasai semua jenis kuasa dengan menolak sistem beraja berparlimen, kuasa mufti dan pengaruh orang beragama, kuasa rakyat dan kuasa pentadbir dan semuanya diletakkan dibawah mereka sepertimana Kerajaan Firaun yang diagungkan oleh illuminati dan zionis serta lebih tepat golongan Dajjal.
Sekular juga memisahkan berlainan bangsa melalui semangat perkauman yang sempit seperti semangat ketuanan Melayu dipisahkan dari bangsa bukan Melayu.
Sekular juga adalah satu strategi penguasaan dimana orang sekular melahirkan divide and rule. (pisah dan perintah)
Sekular mempunyai dua bentuk iaitu sekular lama dan sekular baru. Sekular lama adalah keagamaan cth Syiah) dan sekular baru seperti Barisan Nasional.
Sekular baru adalah dibawah satu perintah dikenali sebagai Novus Ordo Seclorum iaitu New Secular Order yang tercatit pada Great Seal of America dan dikembang dibawah suatu perintah disebut New World Order keseluruh dunia. Sekular lama adalah semasa zaman Nabi Musa a.s. yang bersifat agama.
Objektif utama adalah menjahilkan manusia seluruh dunia pada semua bentuk agama dan membebaskan penduduk dunia dari semua jenis kuasa kecuali tunduk pada kuasa pemimpin sekular sahaja.
Visi tertinggi sekular adalah menyediakan satu keadaan yang sesuai bagi wujudnya One World Government dimana ketua kepada kerajaan satu dunia ini adalah Dajjal (Anti Christ).
Perancang Illuminati hendak mewujudkan kerajaan satu dunia ini menurut konsep pemerintahan Firaun menurut dua aspek iaitu sembah dan perintah. Berhala yang disembah oleh Firaun dalam kontek ini digantikan dengan Dajjal yang disembah sebagai tuhan dalam kerajaan satu dunia ini manakala kedudukan Firaun zaman itu digantikan dengan pihak illuminati mereka yang dipilih Dajjal seumpama utusan Dajjal yang melaksanakan pemerintahan.
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2480.
Dia (Dajjal dan bala tenteranya) akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah! Kerana itu teguhkan pendirianmu!" Tanya kami, "Ya, Rasulullah! Berapa lama dia tinggal di bumi?" Jawab Rasulullah saw., "Empat puluh hari. Satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan, dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang." Tanya kami, "Ya, Rasulullah! Ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat kami sekarang?" Jawab beliau, "Tidak! Tetapi hitunglah bagaimana patutnya." |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan