PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 1 Februari 2011

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sejak akhir-akhir ini industri perfileman Malaysia semakin melonjak naik. Filem tempatan semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Misalnya filem 'Ngangkung' mendapat kutipan RM8 juta hanya beberapa minggu sahaja.

Namun apa yang menjadi kebimbangan saya pada hari ini adalah adegan 'ranjang' yang cuba dibawa oleh pengarah filem di dalam sesebuah filem..

Menjadi lebih bimbang adalah pelakon yang melaksanakan 'aksi' tersebut dengan bangga menyatakan bahawa dia 'melakukan yang terbaik' dan 'tidak kisah' dengan persepsi dan tanggapan masyarakat kepadanya.

Saya ingin bertanya kepada pihak yang bertanggungjawab, untuk apakah diadakan adegan ranjang ini? Adakah untuk melariskan filem, atau mendapat permintaan daripada penonton? Ataupun sebagai pengajaran kepada masyarakat?

Maka jika jawapannya untuk melariskan filem, tidak ubahlah filem kita seperti mana filem-filem barat yang hari ini pun sudah semakin banyak.

Jika untuk memenuhi permintaan penonton maka saya rasakan tidak. Dan saya juga tidak nampak di manakah pengajaran yang boleh diambil daripada adegan tersebut, jika pengajaran yang ingin disampaikan. Melainkan bakal merosakkan akhlak generasi muda yang mudah terpengaruh.

Justeru, pihak FINAS mahupun kementerian digesa memantau perkara ini. Cukuplah apa yang berlaku kepada generasi muda hari ini. Jangan ditambah lagi parahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan