PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 1 Februari 2011

Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini berkata permohonan maaf oleh laman Pahang Daily Online menunjukkan beliau berkata benar dan tidak mengalami penyakit kelamin seperti didakwa laman berkenaan.

Bagaimanapun, Mohd Saiful dalam tulisannya di laman mohdsaifulbukhari.blogspot.com hari ini berkata beliau masih perlu mendapatkan nasihat peguamnya berhubung permohonan maaf itu.

NONE"Ini memerlukan saya mendapatkan nasihat daripada peguam saya sebelum saya membuat apa-apa tindakan lanjut.

"Antara fitnah yang telah dilemparkan; saya sakit tenat, memakai tiub di badan untuk membuang air besar, kemaluan bernanah dan banyak lagi.

"Permohonan maaf tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa selama ini saya berkata benar dan saya tidak mengalami apa-apa penyakit kronik ataupun penderitaan seperti yang di fitnah," katanya dalam satu tulisan di laman blognya.

Katanya lagi, beliau berharap isu berkenaan menjadi iktibar kepada pihak yang masih memfitnah dirinya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Pahang Daily Online menarik balik enam tulisan berhubung dakwaan Mohd Saiful mengalami penyakit kelamin.

Tindakan menarik balik tulisan itu diumumkan melalui satu lagi tulisan yang disiarkan semalam di laman berkenaan.

Enam tulisan yang disiarkan lebih dua tahun lalu itu adalah berhubung dakwaan Mohd Saiful mengalami penyakit tersebut akibat terkena sumpah laknatnya pada Ogos 2008.

Mohd Saiful membuat sumpah laknat itu susulan tindakannya tampil membuat dakwaan bahawa beliau diliwat ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dua bulan sebelumnya.

Mohd Saiful merupakan saksi utama dalam perbicaraan kes tuduhan liwat melibatkan bekas majikannya itu.

Perbicaraan kes berkenaan akan bersambung pada 14 Februari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan