PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Rabu, 28 Mac 2012

PILIHAN RAYA UMUM KE-13

SEMALAM ada kawan bagi tau, kawan dia baru balik dari kursus sebagai Ketua Tempat Mengundi (KTM). Kata kawannya Najib akan bubar Parlimen dalam masa terdekat ini.
Sebelum ini dapat SMS bertulis: 'Salam Datuk, baru dapat info penting... Parlimen akan dibubar pada 11 Mei. Penamaan calon pada 2 Jun dan pembuangan undi pada 9/10 Jun 2012.
Tak apalah... Kalau benar bermakna terlalu dekat sangat-sangat dah nak pilihan raya umum kali ketiga belas ni.
Cuba lihat tarikh antara penamaan calon dan hari pengundian - ada 9 hari je... Dalam masa 9 hari itulah masa kempen untuk Pakatan Rakyat berdepan Barisan Nasional yang menggunakan seluruh JENTERA KERAJAAN.
Selain seluruh jentera kerajaan yang terpaksa didepani Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat juga terpaksa berdepan dengan pelbagai bentuk penipuan - pemindahan pengundi, pengundi hantu, pengundi warga asing yang diberi Mykad dan penipuan-penipuan dalam masa pengiraan undi lagi.
Oleh itu ketidakmampuan kita berdepan JENTERA KERAJAAN, tidak boleh kita depani dengan hanya kekuatan fizikal semata-mata. Kita ada Allah sebagai tempat mengadu. Kita ada DOA sebagai SENJATA.
Justru ahli-ahli PAS diseru memperbanyakkan MUNAJAT kepada Allah - sebab KEMENANGAN akan dicapai dengan kehendak Allah.
PAS Kawasan Lenggong telah, sedang dan akan terus menganjurkan program-program untuk menghimpun para ahli untuk program Solat Hajat Perdana.
Kita mulakan dengan Solat Maghrib, baca Yasiin, Solat isya', SOLAT HAJAT dan Tazkirah Haraki.

Isnin, 26 Mac 2012

Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Mohamad Nedim Mohd Nazri AzizKetua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.

Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.

Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.

Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku.

Susupan Petang

Najib Sudah Adakan Majlis Makan Malam Perpisahan?

Malam tadi semua ahli Parlimen UBN telah berhimpun di Seri Perdana kediaman perdana menteri di Puterajaya bagi menghadiri majlis makan malam yang diadakan Najib Tun Razak.

Majlis makan malam, malam tadi dikira anih kerana jarang dilakukan Najib ketika parlimen sedang berlangsung. Ghalibnya perdana meteri (Najib) mengadakan majlis makan malam sebaik saja selesai pembentangan Bajet di parlimen.

Kerana melanggar kebiasaan itu, majlis makan malam adalah pelik dan di luar kebiasaan. Justeru itu ada yang menyangka majlis makan malama pelik itu menanda perlimen penggal ke 12 sudah hendak dibubarkan.

Apa lagi seorang ahli parlimen yang turut hadir pada majlis itu menjelaskan, menurut Najib majlis makan malan tadi bukan apa-apa kecuali sebagai majlis perpisahan sesama kita.

"Apakah malan ini ada meting,?" tanya ahli parlimen berkenaan kepada Najib.

"Tak ada ia cuma majlis makan untuk perpisahan sesama kita sahaja," begitulah balas Najib bergurau. Ahli majlis berkenaan pulang sebaik selesai makan.

Majlis malam tadi dihadiri oleh hampir seluruh MP UBN... hanya beberapa orang yang tidak ada hadir yang berada di luar negeri. Bagai mana pun bekas PM Abdullah Badawi tidak hadir.

Ada yang menyifatkan majlis makan malam adalah majlis makan malam terakhir dengan perdana menteri dan menunjukkan bahawa selepas tidak ada majlis makan bersama perdana menteri dengan wakil rakyat.

Mungkin ada kebenaran pendapat beberapa pihak bahawa pilihan raya umum sudah hampir benar. [wm.kl.8:24 pm 26/03/12]

Kerajaan Pakatan Selangor dalam keadaan genting

Tulang Besi, 27 Mac 2012
Kalau kita baca kenyataan terbaru Najib Tun Razak, jelas terbayang di muka beliau betapa yakinnya mereka untuk menawan kembali negeri Selangor.

Dengan jelas dan terang beliau kata beliau yakin dapat menawan semula Selangor.

Maklumat yang Tulang Besi dapat adalah sangat merisaukan.

DEngan bantuan SPR dan JPN, UMNO telah berjaya:

1.0 Menukar puluh ribuan pengundi2 Pakatan Rakyat dari DUN masing-masing
2.0 Mendaftar pendatang asing sebagai pengundi yang sah
3.0 Menukar alamat pengundi2 UMNO dari Johor, Melaka dan Pahang untuk mengundi di DUN PKR dan PAS
4.0 Mendaftar banyak pengundi2 hantu yang tidak dikenali dan tidak wujud di Selangor

Mengikut bilangan terkini, bilangan kerusi yang bakal dimenangi oleh UMNO/BN adalah 35 berbanding Pakatan Rakyat 21

Menjelang pilihanraya umum bulan Jun 2012 nanti, bilangan kerusi yang bakal dimenangi BN adalah 43 berbanding Pakatan Rakyat 13.

UMNO dan BArisan Nasional sekarang ini bukan setakat yakin untuk memerintah Selangor tetapi yakin mendapat kembali majoriti 2/3 di DUN Selangor.

Setakat yang saya tahu, amat sedikit sangat usaha yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk menangkis penipuan UMNO/BN ini.

Disebabkan kos membantah nama dalam daftar pemilih yang diragui ditetapkan oleh SPR RM10 untuk satu nama, maka PAS Selangor tidak mampu membantah dengan banyak walaupun mereka kuat bekerja.

Usaha mereka untuk mendapat wang dari sumber2 yang rasmi pun sering menemui jalan buntu.

PAS Selangor terpaksa berpekin2 menggunakan wang sendiri untuk menjalankan proses bantahan kerana tiada bantuan kewangan dari mana-mana sumber rasmi.

Sekiranya rakyat Selangor masih mahu terus menikmati pemerintahan yang adil, sayang rakyat, bersih dan menjaga kebajikan maka terletak di bahu rakyat Selangor sekelian untuk menghalang penipuan dan pembohongan UMNO dan Barisan Nasional.

Tulang Besi tidak nampak siapa lagi yang mampu menghalang penipuan dan pembohongan UMNO dan Barisan Nasional.

Langkah pertama adalah memeriksa nama masing2 di sini. Pastikan nama2 saudara/ri tidak dipindah ke negeri atau kawasan lain kerana berpuluh ribu pengundi telah dibuang dan baling keluar dari kawasan asal mereka.

Jangan lupa berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT demi mengagalkan penipuan dan pembohongan mereka itu. Inshaalah, dengan bantuan Allah SWT penipuan mereka akan gagal.

Lakukan yang terbaik dan termampu. Inshaalah, bantuan Allah SWT akan turun.

SIAPA AKAN LARI TIDAK CUKUP TANAH SELEPAS PRU NANTI?

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA seorang betina tua yang mengaku `dara' pernah dibuang oleh ayahnya sendiri dan tidak diakui sebagai darah dagingnya sehingga si ayah meninggal dunia. Betina ini juga pernah dirujuk sebagai `Wanita Neraka Ketujuh' oleh abangnya sendiri. Itu mukaddimah kisah seorang betina yang menghabiskan masanya bercakap lucah, mencarut serta menabur fitnah demi mengisi perutnya.

Lupakan kisah betina itu. Aku mahu merujuk laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini di sini. Umi Hafilda kononnya mahu mengugut DS Anwar Ibrahim dan abangnya Azmin Ali untuk menjaja semua cerita buruk kedua-dua pemimpin PKR tersebut menjelang Pilihanraya Umum nanti. Kononnya, kedua-dua tokoh itu akan `lari tidak cukup tanah' apabila beliau bersama Tim Sesumpah yang terdiri dari Ezam sesumpah dan Nalla Karupan bakal menggempur DS Anwar dan Azmin.

Dulu Ezam berkawan dengan wanita berakhlak, kini....?

Soalnya, mengapa mesti menunggu saat Pilihanraya? Jawapannya mudah. Ini adalah kerana cerita yang bakal keluar dari mulut-mulut pencacai ini hanyalah modal Pilihanraya sahaja. Sebelum ini kita boleh lihat, apabila ada sahaja Pilihanraya Kecil, maka timbullah muka pencacai-pencacai ini untuk mencari makan. Mereka tahu saat Pilihanraya adalah saat paling `murah rezeki' haram yang diperolehi. Kerja menjadi `Pelacur Politik' bagi mereka lebih bersih dari menjadi pelacur di lorong-lorong gelap, walaupun hasilnya sama iaitu duit haram.

Jika benar telus mahu tegakkan kebenaran, mengapa mesti tunggu saat Pilihanraya? Mengapa tidak dedahkan dulu dan sekarang? Mengapa sewaktu Umi Hafilda dipanggil menjadi Saksi sewaktu kes Liwat 1 dahulu beliau tidak tampil dengan semua bukti yang kononnya beliau miliki? Mengapa mesti tunggu hampir 14 tahun mahu dedahkan? Dan, peliknya mahu menunggu tarikh Pilihanraya pula? Ertinya, mereka hanya mahu jadikan fitnah sebagai modal Pilihanraya semata-mata. Sebab itu, apa yang beliau katakan kononnya ada bukti dan sebagainya itu tidak pernah dibawa ke dalam mahkamah malahan tidak pernah pun dibuat laporan untuk disiasat.

Taktik mereka hanya satu iaitu mereka akan karang cerita fitnah, kemudian dengan bodohnya mencabar DS Anwar atau Azmin menyaman mereka. Apabila DS Anwar dan Azmin enggan melayan permainan bodoh mereka itu, maka modal besar mereka adalah mendakwa DS Anwar dan Azmin amat takut dengan mereka dan memang benarlah cerita-cerita bodoh mereka itu.

Kalau aku berada di tempat betina ini, mudah sahaja. Aku akan bekalkan semua fakta dan bukti yang aku ada tentang DS Anwar dan aku akan serahkan pada Najib. Sudah tentu Najib mempunyai modal besar apabila DS Anwar mencabarnya berdebat. Bayangkan jika Najib memiliki semua bahan bukti yang ada pada betina ini dan Najib akan dedahkan sewaktu berdebat dengan DS Anwar nanti. Ketika itu, aku percaya DS Anwar akan `lari tidak cukup tanah'. Malangnya betina ini amat bodoh, tidak tahu langsung untuk membodek Najib agar Najib lebih berani berdebat dengan DS Anwar. Sehingga kini, Najib terus menikus tanpa seorang pun yang tampil untuk memberikan `tangkal' untuk menjadikan Najib seorang `jantan sejati'.

Percayalah, kempen fitnah dan cerita lucah dan seks yang bakal dibawa oleh betina dan kumpulan sesumpah ini bakal dicampakkan oleh rakyat ke muka mereka sendiri. Apa yang bakal kita lihat nanti, selepas PRU ke 13, InsyaAllah, yang akan `lari tidak cukup tanah' bukan mereka ini sahaja bahkan tuan-tuan mereka juga akan lari kerana mereka tahu sudah berapa banyak perut-perut mereka mentekedarah hak rakyat. Mereka pasti lari lintang pukang.

SU Agung Umno minta saya keluar parti - Kadir

Nazri Abdullah, 26 Mac 2012

SERI KEMBANGAN, 26 Mac: Bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata antara faktor beliau keluar Umno kerana beliau menjadi sasaran terancang media arus perdana selepas menegur sikap Umno.

Ia ditambah lagi dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor minggu lalu yang mencabarnya keluar dari Umno selepas tidak selesa dengan kritikannya.

"Saya telah menjadi sasaran kritik yang begitu hebat oleh media massa arus perdana kepunyaan parti saya sendiri ketika itu. Jelas ia dibuat secara terancang dari pihak berkuasa.

"Ini diikuti pula oleh Setiausaha Agung Umno sendiri meminta saya keluar parti...hanya kerana itu. Maka saya keluarlah sebagai ahli Umno yang telah saya abdikan segala jiwa dan raga saya selama 56 tahun," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Alasan tersebut sebagai penjelasan kenapa beliau bertindak isytihar keluar Umno pada 19 Mac lalu.

Antara kritikannya kepada Umno sebelum ini, beliau mendakwa parti itu telah terpesong dari perjuangan asal berbanding sewaktu penubuhannya.

Veteran Umno itu juga mendakwa rasuah, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa termasuk 'kronisma mega' secara berleluasa sedang berlaku dalam parti itu sehingga kekayaan negara hanya berlegar disekitar kelompok tertentu dan tidak sampai kepada rakyat.

Tambahnya, ada juga yang perlu membayar wang kepada rakan-rakan seperjuangan sendiri untuk mendapatkan tempat dalam parti termasuk jawatan tertinggi.

Abdul Kadir juga sebelum ini mendedahkan Umno menabur wang di kampung-kampung untuk beli undi pilihan raya dan menuntut tindakan 'hodoh dan jijik' itu dihentikan segera.

Bagaimanapun kritikan-kritikannya itu disifatkan oleh pemimpin Umno sebagai menghentam parti dan beliau kemudian menjadi mangsa serangan media arus perdana sehingga ada desakan agar beliau keluar Umno.

Aktif politik semula

Dalam pada itu beliau yang juga bekas menteri penerangan dan komunikasi, hari ini tetap mempertahankan segala dakwaannya terhadap Umno malah berkata ianya baik untuk dikaji.

Beliau juga menegaskan akan kembali semula untuk aktif dalam politik selepas lama bersara untuk menumpukan kepada perniagaannya sebelum ini.

"Dengan ini saya isytiharkan berhenti daripada bersara dan akan membawa perjuangan Umno (yang lama) di tempat yang lebih sesuai," katanya.

Ditanya sama ada akan menyertai mana-mana parti politik, Abdul Kadir berkata beliau setakat ini hanya mahu menumpukan kepada Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang beliau kini sebagai timbalan presiden.

Namun katanya, ia bergantung kepada keadaan selepas ini.

"Ramai pemimpin Pakatan Rakyat kebetulan kawan-kawan saya pujuk saya, tapi saya buat keputusan sendiri.

"Buat masa ini dengan NGO (Amanah), perkara lain belum terfikir, tengok keadaan la. Kalau depa tabuh (serang) kuat sangat, kita terjun la", katanya sambil tersenyum.

PAS dedah pelaburan FGVH di luar negara rugi

Hazayani Zakaria, 26 Mac 2012

KUALA LUMPUR, 26 Mac: PAS hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan bahawa pelaburan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di luar negara mengalami kerugian.

Bukti tersebut diperoleh daripada laporan audit FGVNA sehingga 31 Disember 2010.

Pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakop berkata, syarikat pegangan pelaburan, Felda Global Ventures North America Sdn. Bhd. (FGVNA) mencatat kerugian sebanyak RM27,576,023 pada 31 Disember 2010 berbanding keuntungan sebanyak RM44,832,558 pada 31 Disember 2009.

Katanya, kerugian itu akibat anak-anak syarikat miliknya di Amerika Utara gagal membayar balik pinjaman yang diberikan sebanyak RM48,173,488.

"Felda telah melabur dana melebihi RM1,000,000,000 di dalam Twin Rivers Technologies Holdings Inc (TRTH) dan anak-anak syarikatnya di Amerika dan Kanada sejak Oktober 2007.

"Berdasarkan dua pengukur prestasi iaitu syarikat rugi dan pinjaman yang diberikan kepada anak-anak syarikat gagal dibayar balik mengikut terma yang dipersetujui dan ini membayangkan prestasi syarikat bermasalah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Rosli juga mempersoal tujuan FGVNA membeli saham TRTH pada harga RM1,567.50 sesaham.

"Kenapa Felda memilih untuk membeli 97 peratus milikan dalam TRTH walhal ia adalah pemain baru dalam bidang oleochemicals yang ditubuhkan pada 1994 dan TRTH bukannya market leader dalam bidang ini?" soalnya yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Selain itu katanya, pelaburan yang dibuat FGVNA di Amerika Utara iaitu Amerika syarikat dan Kanada amat besar iaitu berjumlah RM1,255,263,942.

"Apakah pulangan tahun yang diharapkan daripada pelaburan ini? Apakah manfaat kepada peneroka-peneroka Felda daripada pelaburan ini?" soalnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub terus meminta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memberi penjelasan berhubung kemerosotan tunai Felda daripada 4.5 bilion pada 2001 kepada 1.2 bilion pada 2005.

"Felda telah ada ibu pejabat tapi beli lagi pejabat di KLCC berharga RM600 juta lebih.

"RM235 bilion dibayar sebelum pembinaanya. Adakah ia dirujuk kepada ahli lembaga pengarah Felda dan adakah pejabat ini yang diperlukan peneroka?

"Datuk Ahmad Maslan kata semuanya untung, tak ada rugi," katanya.

Jumaat, 23 Mac 2012

Umno jual 74 ekar tanah rizab Melayu

Muhammad Faizal, 23 Mac 2012
SHAH ALAM, 23 Mac: Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendakwa kerakusan Umno di kawasan Gombak menyebabkan 74 ekar tanah rizab Melayu di Sungai Sering telah dijual dan dipindah milik kepada Syarikat Triump City Development Sdn Bhd tanpa sebarang gantian tanah di kawasan lain.

Dakwanya sewaktu membahas titah ucapan Diraja di Dewan Negeri Selangor, selain itu juga syarikat tersebut turut gagal membangunkan tanah berkenaan dan berdegil utuk menjelaskan bayaran premium tanah biarpun status tanah tersebut telah ditukar.

"Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terpaksa merampas kembali tanah tersebut untuk menjaga kepentingan rakyat negeri Selangor.

"Ini satu amalan yang seringkali dilakukan oleh pentadbiran Umno dalam menguruskan tanah rizab Melayu ialah dengan menukarkan tanah rizab di kawasan bandar dan diberikan tanah di kawasan luar bandar yang bernilai jauh lebih rendah daripada harga tanah rizab yang asal," katanya.

Tambah beliau lagi, tindakan ini menyebabkan tanah rizab Melayu di Selangor susut nilai dan memberi impak kepada nilai aset orang Melayu, inilah amalah khianat Umno kepada orang Melayu di Selangor ketika mentadbir negeri ini.

"Kerajaan Pakatan Rakyat terbukti tidak menyalahgunakan mandat yang telah diberikan oleh rakyat.

"Oleh itu, adalah diharapkan agar Kerajaan Negeri dapat merangka satu Pelan Strategik Pengurusan Tanah Rizab Melayu supaya dapat dibangunkan secara tersusun dan dipelihara supaya terus mengekalkan status tanah demi kepentingan generasi masa depan," sambung beliau lagi.

"Isu Tanah Rizab Melayu turut dibangkitkan dalam titah Tuanku Sultan dan saya menyambut baik nasihat Tuanku supaya Kerajaan Negeri memelihara Tanah Rizab Melayu," katanya

Beliau yakin kerajaan negeri akan mematuhi peruntukan perlembagaan berkenaan tanah rizab Melayu selaras dengan prinsip 'rule of law' dan semangat berperlembagaan.

40 ahli Umno sertai PAS di Kg Masjid

Harakahdaily, 23 Mac 2012
SUNGAI PETANI, 23 Mac: 40 bekas ahli dan penyokong Umno di Kampung Masjid, Tikam Batu, Sungai Petani meninggalkan parti mereka dan menyertai PAS.

(Mohamad Sabu menerima borang permohonan menjadi ahli PAS)

Mereka menyerahkan borang keahlian PAS kepada Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di Unit Peti Undi (UPU) Bukit Meriam dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Pantai Merdeka sebelum
beliau berceramah di situ baru-baru ini.

Salah seorang dari mereka adalah bekas penyokong tegar Umno, Mohd Noor Tayed 58. Di era tahun 70 - 80 an dahulu merupakan kemuncak penglibatan dirinya dengan Umno. Selepas itu beliau mengambil sikap pandang dan lihat.

Dahulu, di mana sahaja jentera Umno bertugas terutamanya di Parlimen Sungai Petani mesti kelibatnya ada untuk membantu jentera berhadapan dengan PAS yang dianggap musuh yang perlu di singkirkan.

Namun, hari ini sudah berbeza. Beliau tidak lagi mahu memberikan undi dan sokongan pada Umno dan BN.

(Mohd Noor [kiri] dan Che Ani)

"Dulu saya tidak tahu menilai malahan bertindak berdasarkan arahan ketua jentera yang saya ditugaskan tetapi hari ini saya telah sedar dan bertekad melawan parti yang saya pernah puja selama ini, " katanya.

Seorang lagi rakanya, Che Ani Mansor 72 berkata, apa yang beliau dapat selama menyokong Umno dan BN melainkan terus mengayuh basikal tuanya sahaja.

Masalah banjir kilat yang melanda kawasan rumah pun tambahnya, Umno dan BN ketika berkuasa hanya pandang sahaja tidak bertindak membantu mengatasi dengan membina longkang baru di kampung berkenaan.

"Bila hujan sahaja hati saya bimbang kerana rumah saya dan beberapa buah rumah jiran akan tengelam separas buku lali.

"Bukan baru tapi sudah lama walaupun ada beberapa orang kepimpinan Umno datang menjengguk," katanya yang sudah bosan dengan janji BN.

Beliau mengucapkan terima kasih pada Majlis Ketua Kampung (MKK) dan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPk) kerana bertindak segera setelah membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat dengan membina longkang bagi menghindarkan banjir kilat berkenaan.

Dekati ahli baru

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Sungai Petani, Ustaz Mazlan Osman (gambar) meminta semua ahli PAS yang berada lama dalam perjuangan ini supaya mendampingi setiap ahli baru yang telah sedar untuk bersama membina kekuatan meruntuhkan empayar Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ujarnya, jangan sekali-kali membiarkan mereka dengan haluan sendiri sedangkan banyak kepakaran yang mereka ada yang membolehkan ahli PAS lama mempelajari.

"Anggaplah ahli baru PAS sebagai rakan yang akrab jangan persiakan kesedaran mereka kerana mereka juga ada kepakaran yang mungkin tiada pada kita. Kita sebagai ahli PAS yang lama wajar menunjukan contoh terbaik supaya mereka bersama membina kekuatan meruntuhkan Umno dan BN," tegasnya ketika ditemui di pejabat Tahfiz Al Barakah, Tikam Batu bersama beberapa orang bekas penyokong Umno di Kampung Masjid, Tikam Batu, Sungai Petani semalam.

Tugas ahli dan pemimpin PAS bukan berdakwah pada bukan Islam sahaja sambungnya, malahan kepada mereka yang telah jinak dengan perjuangan agar mereka mendekati majlis ilmu dan masjid supaya kekuatan boleh dibina apatah lag dunia sekarang dunia meterial.

PAS Perak bongkar tanah di Lenggong diceroboh

Muhammad Faeez, 23 Mac 2012

IPOH, 23 Mac: PAS Perak hari ini membuat pembongkaran tentang pencerobohan tanah yang berlaku di Lenggong.

Penyewengan tanah itu berlaku di sebuah bukit yang dahulunya menjadi tapak penamaman teh jenama Teh Lenggong yang terkenal pada awal tahun 80-an.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, lawatan dan tinjauan Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Negeri serta rombongan baru-baru ini mendapati sudah tiada sebarang aktiviti menanam teh di atas bukit tersebut dan hanya dapat dilihat rangka bangunan kilang Teh Lenggong yang telah usang.

Menurutnya, seluruh kawasan ladang teh kira-kira seluas 700 ekar telah digondolkan dan difahamkan oleh individu yang berada di situ, tanah tersebut telah diserahkan kepada satu syarikat perladangan milik persendirian yang sekarang giat menjalankan aktiviti penanaman sejenis pokok untuk industri kertas iaitu pokok ‘eucalyptus’.

“Melalui penyelidikan kami, difahamkan pokok jenis ini telah diharamkan penanamannya di beberapa buah negara seperti Brazil, Australia dan India,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini.

Beliau mempersoalkan, apakah sebab penutupan ladang tersebut dan berapakah kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri Perak.

“Bagaimana tanah ladang Teh Lenggong yang dahulunya dikatakan milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dilepaskan kepada syarikat persendirian,” ujarnya.

Tambahnya, tinjauannya juga mendapati bukan sahaja tanah ladang teh yang diteroka malah hampir keseluruhan tanah persekitaran anggaran lebih 1,000 ekar yang mempunyai hasil balak telah digondolkan.

“Adakah kerajaan negeri mendapat hasil hutan balak daripada tanah yang diteroka tersebut?” tanya beliau

Beliau juga hairan bagaimana pihak berkuasa seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Tanah Daerah membenarkan spesis pokok yang diharamkan di beberapa buah negara ditanam di kawasan itu kerana difahamkan ianya boleh mengganggu sistem arkeologi seterusnya memberi kesan yang buruk kepada penduduk Lenggong.

“Pencerobohan tanah ini juga penyumbang kepada banjir teruk yang berlaku baru-baru ini sehingga menyebabkan banyak kampung berdekatan bukit tersebut ditenggelami air,” jelasnya.

Oleh yang demikian, beliau yang juga Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (Bapa) memohon Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Kadir memberikan penjelasan tentang isu itu.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Setiausaha PAS Negeri, Dr Muhaimin Sulam dan Ketua Penerangan, Ustaz Ahmad Nuri Al-Amin.