PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 19 Mac 2012

MESYUARAT AJK LAJNAH KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN PAS PERAK

IPOH - Hadir Mesyuarat AJK Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Perak malam ini (19 Mac) di Pejabat Badan Perhubungan PAS negeri di Ipoh, LKK PAS Lenggong diluluskan peruntukan RM1000 untuk mangsa-mangsa banjir.
Setiausaha LKK PAS Lenggong, berkata ketika menghubungi Ustaz Fakharuddin pada hari petugas-petugas Pas, termasuk Unit Amal negeri dan kawasan serta Skuad Kebajikan LKK menyampikan bantuan di sekitar Lawin dalam DUN Kenering Pengerusi LKK negeri itu segera meluluskan bantuan RM1000, bagaimanapun Bendahari PAS negeri sedang berada di luar negeri ketika itu.
Katanya bantuan itu untuk mangsa-mxangsa banjir sekitar DUN Kota Tampan, di mana kira-kira 50 keluarga terlibat.
"Mudah-mudahan dengan peruntukan itu nanti LKK PAS Lenggong dapat menyampaikan bantuan ala kadar meringankan sedikit bebanan yang terpaksa ditanggung mangsa banjir lumpur berkenaan," katanya.
Setiausaha LKK PAS Lenggong, berkata banjir lumpur yang berlaku pada 10 Mac lalu menyebabkan lebih 1000 penduduk di Parlimen Lenggong dilanda banjir lumpur, bagaimanapun tidak ada kemalangan jiwa berlaku, manakala anggaran kerugian harta benda belum dapat ditaksirkan. Rombongan bantuan PAS dengan kerjasama sebuah yayasan dari Pulau Pinang berjaya meringankan sedikit bebanan yang terpaksa ditanggung lebih 300 keluarga mangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan