PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Sabtu, 17 Mac 2012

Berita suami Shahrizat, Nik Aziz terhangat

Harakahdaily, 18 Mac 2012

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Berita suami menteri Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail didakwa di mahkamah sesyen atas dakwaan pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat melibatkan wang bernilai RM49 juta adalah artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-11.

Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp) itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas empat pertuduhan yang dibaca kepada beliau dan telah dijamin anaknya dengan jaminan RM500 ribu.

Pada tangga kedua ialah berita mengenai sanjungan yang diberikan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat oleh Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Cantre (KTC) Aziz Desa. Beliau menyifatkan Menteri Besar Kelantan itu adalah produk istimewa di negeri itu.

Berita pembunuhan kejam dan tragis adik Nurul Nadirah dan ucapan takziah daripada Dewan Pemuda PAS pula menduduki tangga ketiga.

Di tangga keempat ialah bidasan blogger Cenangau terhadap alasan yang diberikan Suruhanjaya Pilihanraya dalam menukar kawasan mengundi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tanpa memberitahu Khalid.

“Kali ni SPR bagi penjelasan yang lebih nak bagi orang penin, konon nak bagi nampak akademik kut.


Kononnya pembetulan sempadan tu pasai nak bagi selaran dengan peta rasmi negara. Kalau ada yang tanya aku, akan lancang mulut aku jawap selaras kepala hotak depa,” bidas Cenangau dalam tulisannya.

Di tangga kelima pula ialah laporan mengenai bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor di mana beliau menyatakan sekiranya kerajaan ingin melaksanakan hukuman hudud beliau adalah orang pertama yang akan menyokongnya.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 11 hingga 17 Mac, 2012.

1

Suami Shahrizat didakwa pecah amanah

2

Nik Aziz produk istimewa Kelantan - Aziz Desa

3

Kejam: Mengapa Nurul Nadirah jadi korban?

4

Alasan pembetulan sempadan pilihanraya kepala hotak depa

5

Kalau laksana hudud, saya pertama sokong - Malek Nor

6

Anak & ibu, gambar yang menyentuh perasaan

7

Kenapa media Umno serang saya - Kadir

8

Tips Nik Aziz untuk dapat zuriat yang baik

9

Maki wartawan: Adnan gali kubur sendiri

10

Saya ditahan dalam keadaan lapar dan dahaga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan