PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Rabu, 28 Mac 2012

PILIHAN RAYA UMUM KE-13

SEMALAM ada kawan bagi tau, kawan dia baru balik dari kursus sebagai Ketua Tempat Mengundi (KTM). Kata kawannya Najib akan bubar Parlimen dalam masa terdekat ini.
Sebelum ini dapat SMS bertulis: 'Salam Datuk, baru dapat info penting... Parlimen akan dibubar pada 11 Mei. Penamaan calon pada 2 Jun dan pembuangan undi pada 9/10 Jun 2012.
Tak apalah... Kalau benar bermakna terlalu dekat sangat-sangat dah nak pilihan raya umum kali ketiga belas ni.
Cuba lihat tarikh antara penamaan calon dan hari pengundian - ada 9 hari je... Dalam masa 9 hari itulah masa kempen untuk Pakatan Rakyat berdepan Barisan Nasional yang menggunakan seluruh JENTERA KERAJAAN.
Selain seluruh jentera kerajaan yang terpaksa didepani Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat juga terpaksa berdepan dengan pelbagai bentuk penipuan - pemindahan pengundi, pengundi hantu, pengundi warga asing yang diberi Mykad dan penipuan-penipuan dalam masa pengiraan undi lagi.
Oleh itu ketidakmampuan kita berdepan JENTERA KERAJAAN, tidak boleh kita depani dengan hanya kekuatan fizikal semata-mata. Kita ada Allah sebagai tempat mengadu. Kita ada DOA sebagai SENJATA.
Justru ahli-ahli PAS diseru memperbanyakkan MUNAJAT kepada Allah - sebab KEMENANGAN akan dicapai dengan kehendak Allah.
PAS Kawasan Lenggong telah, sedang dan akan terus menganjurkan program-program untuk menghimpun para ahli untuk program Solat Hajat Perdana.
Kita mulakan dengan Solat Maghrib, baca Yasiin, Solat isya', SOLAT HAJAT dan Tazkirah Haraki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan