PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 12 Mac 2012

Henti beri warganegara hingga selesai PRU13

Salmiyah Harun, 12 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 12 Mac: PAS mendesak kerajaan menghentikan pemberian taraf kewarganegaraan kepada mana-mana warga asing yang datang ke negara ini sehingga Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) selesai.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, warga asing sering dimanipuasikan oleh pihak tertentu untuk diberikan kerakyatan bagi membolehkan mereka menjadi pengundi selepas dimasukkan dalam daftar pemilih.

"Kita bimbang daripada maklumat yang kita perolehi ini, sudah tentu menjejaskan perjalanan pilihan raya yang bersih dalam negara, kita percaya pemberian taraf ini akan digunakan untuk mengundi," katanya.

Dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Mahfuz meminta kerajaan memberi hak kepada rakyat negara ini untuk membuat keputusan memilih mana-mana parti yang akan memerintah kelak.

"Rakyat negara ini yang mesti diberikan hak mengundi bukannya warga asing. Biar rakyat sendiri yang memutuskan parti mana yang mereka suka," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Justeru katanya program Penyelesaian Menyeluruh Menangani Pekerja Asing Tanpa Izin (Program 6P) yang dijalankan kerajaan hari ini masih belum dilaksanakann dengan baik kerana melalui program ini kira-kira sejuta lebih warga asing berkemungkinan turut akan dimanipulasi.

"Kami minta hentikan sebarang bentuk pemberian traf kewarganegaraan sehingg selepas PRU, bukan bermakna kita setuju bagi kerakyatan tetapi kita hendak pemberian itu dihentikan," katanya.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan 1.3 juta pekerja asing tanpa izin yang berdaftar di bawah Program 6P akan mengisi kekosongan dalam sektor perkilangan, perladangan, pertanian, pembinaan dan 15 jenis pekerjaan dalam sektor perkhidmatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan