PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 20 Mac 2012

Himpunan Muslimat PAS Perak 25 Mac ini

Johari Jaafar, 21 Mac 2012

PARIT, 21 Mac: Dewan Muslimat PAS Perak akan mengadakan himpunan besar besaran 25 Mac ini bagi menyuntik semangat mereka untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 ini.

Himpunan Muslimat PAS Perak (INPAK) ini bakal melibatkan seluruh petugas parti dan bakal diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di bandaraya Ipoh.

Demikian diberitahu oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr. Najihatossoleha Ahmad (gambar) dalam satu pertemuan dengan wartawan Harakah di sini semalam.

"Kita menjangkakan lebih 800 petugas petugas muslimat yang komited dan mempunya semangat juang yang tinggi akan hadir pada himpunan tesebut untuk mendapat suntikan semangat dari Ketua Dewan Muslimat PAS, bagi menghadapi pilihanraya umum yang kian hampir ini," ujar beliau.

Siti Zailah Yusof selaku Ketua Muslimat PAS Pusat yang juga perasmi himpunan itu pastinya akan meniupkan semangat kepada petugas petugas agar mereka mampu bertindak sebagai petugas yang bersemangat tinggi bagi memenangkan calon PAS dan Pakatan, katanya.

Selain mendapat suntikan semangat dari pimpinan Muslimat Pusat dan negeri, para petugas juga akan mendapat maklumat dari pembentangan kertas kerja bertajuk `Muslimat Penggerak Negara Berkebajikan' .

Pada himpunan itu juga Skuad Kebajikan Muslimat PAS Perak (ERAT) akan dilancarkan di mana skuad ini menjadi penggerak utama program bertemu dengan masyarakat dalam rangka membantu dan menyelami pahit getir golongam miskin, ibu tunggal, warga emas dan mereka yang memerlukan perhatian dan pembelaan.

Menurut beliau dengan pelancaran skuad ERAT itu nanti Dewan Muslimat peringkat negeri dan kawasan akan dapat menyebarluaskan program kemasyarakatan dan kebajikan kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira warna kulit, bangsa dan fahaman politik.

"Saya yakin skuad ERAT mampu berperanan dengan lebih baik mengatasi Skuad Sayang oleh Wanita Umno," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan