PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Ahad, 18 Mac 2012

FESYEN HAJJAH ROSMAH BUKTI KONSEP `WASATIYYAH' UMNO BERJAYA


Oleh: WFAUZDIN NS

FOTO di atas adalah foto terbaru sewaktu pembukaan sidang Parlimen semalam. Untuk apa foto ini disiarkan? Penting sangatkah kepada kita? Memang penting pun.

Semua kenal beberapa tokoh di dalam foto di atas. Selain dari DYMM YDP Agung dan Permaisuri, ada dua lagi tokoh penting di negara ini yang bergambar bersama. Mereka adalah Haji Najib dan Hajjah Rosmah Mansor. Apa yang peliknya tentang foto mereka berdua? Memang pelik pun.

Sekiranya Ustazah Mashitah atau Jamil Khir melihat foto ini, terutamanya tentang fesyen pakaian Hajjah Rosmah Mansor, adakah kedua-dua pakar agama Umno tersebut mahu mengaku bahawa itu adalah isteri pemimpin negara yang mereka sanjung? Aku rasa mesti mereka mengaku kerana jika tidak, buat apa mereka duduk di dalam saf Umno yang memilih pemimpin seperti itu?

Hajjah Rosmah tidak peduli apa jua rakyat akan perkatakan tentangnya kerana beliau yakin dengan kekuatan suaminya Najib yang boleh membeli jiwa rakyat. Masakan rakyat terutamanya orang-orang Melayu berugama Islam akan pertikaikan pakaiannya yang `seksi' dan `ketat lagi berisi' di bahagian dada itu setelah Najib umpan rakyat dengan BR1M sebanyak RM 500. Pastinya rakyat bersyukur dan terhutang budi pada Najib, dan tanda bersyukur itu adalah sokong Najib dan isterinya hatta apa jua yang beliau lakukan. Itu lah erti syukur bagi mereka.

Cantikkah Hajjah Rosmah berpakaian begitu? Mengapa Najib redha dengan cara Hajjah Rosmah? Jawapannya anda sendiri fikir kerana anda lah yang bakal menentukan pemimpin anda sendiri. Kalau tanya aku, usahkan aku redha dia jadi isteri PM, kalau jadi Amah di dalam rumah aku pun aku tidak redha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan