PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 6 November 2012

Akhirnya.. Presiden UPKO Mengakui Ada Agenda Keluar BN

Pendedahan ahli parlimen Tuaran yang juga bekas timbalan presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Organization (UPKO), Wilfred Bumburing yang mengatakan bahawa parti itu akan keluar dari komponen Barisan Nasional (BN) akhirnya terpaksa diakui presidennya, Bernard Dompok!

Dompok mengaku perkara tersebut ada dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti itu akhir Jun lalu setelah didesak oleh pemimpin kanan parti itu termasuk Bumburing sendiri.

Bagaimanapun, Dompok memberitahu bahawa keputusan majoriti majlis tertinggi menolak usul tersebut dengan alasan yang paling mudah.

Isunya, apa lagi kalau tuntutan suruhanjaya diraja bebas (RCI) menyiasat pendatang tanpa izin yang sebelum itu masih belum dimuktamadkan perdana menteri, Najib Altantuya.

Inilah punca sebenar mengapa Bumburing tidak bersetuju lalu keluar daripada parti itu dengan disusuli naib presidennya yang juga seorang senator, Maijol Mahap.

Bahkan Dompok sendiri meminta Bumburing supaya menangguhkan hasrat untuk keluar UPKO tetapi Bumburing tetap dengan pendiriannya bahawa jika BN masih terus berkuasa di Sabah dan persekutuan, masalah pendatang tanpa izin ini tidak akan selesai sampai kiamat.

Dan akhirnya Bumburing keluar awal Julai lalu dan menubuhkan Angkatan Perubahan Sabah (APS), sebuah gerakan mesra-Pakatan Rakyat yang dilancarkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Tuaran dalam tempoh dua minggu selepas perletakan jawatannya.

Nampaknya, Dompok bakal kena main lagi dengan Najib Altantuya walaupun ditentang sebilangan besar ahli parti itu sendiri yang mahukan UPKO keluar dari BN kerana sejak 1995 gagal menunaikan janjinya hingga pendatang Filipina dan Indonesia kini nisbahnya 1:3!

Walaupun Najib Altantuya melancarkan penubuhan RCI pada 11 Ogos tahun ini, UPKO secara dasarnya kini berpecah dua dengan satu menyokong Dompok manakala penyokong Bumburing kini ada yang menyertai APS malah menyertai gabungan parti dalam Pakatan Rakyat terutamanya KEADILAN.

Buktinya, sejak awal Julai lalu, lebih 4,000 permohonan baru diterima cabang KEADILAN seluruh Sabah termasuk dari dua kubu kuat BN iaitu di Kota Belud dan Tenom.

Bendahari parti itu pula, Marcus Mojigoh yang mahu mempertahankan Dompok akhirnya termalu sendiri apabila Dompok sendiri mengesahkannya sekaligus memberi tamparan hebat bagi persediaan parti itu menghadapi pilihanraya umum akan datang. ~jalanpulang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan