PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 6 November 2012

Zaid Ibrahim Mahu Sertai PKR Semula

Hasrat bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihanraya umum atas tiket Pakatan Rakyat, dan kemungkinan di Pekan, mengejutkan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin juga tidak faham dengan tindakan Zaid melepaskan jawatan presiden KITA tetapi kekal sebagai ahli jawatankuasa parti yang ditubuhnya itu, yang kini berusia dua tahun.

Zaid tidak menyampaikan rancangannya untuk bertanding atas nama Pakatan Rakyat, kata Saifuddin, sambil menambah bahawa perkara itu tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang itu.

"Saya boleh mengesahkan bahawa perkara Zaid bertanding di bawah tiket Pakatan Rakyat tidak dibangkitkan atau dibincangkan oleh Majlis Presiden.

"Beliau tidak menulis atau menyatakan kepada kami secara rasmi niatnya untuk bertanding di bawah tiket Pakatan," tambah Saifuddin, yang merupakan ahli Parlimen Machang.

Oleh itu, katanya, isu Zaid bertanding atas tiket Pakatan tidak timbul melainkan terdapat permintaan rasmi oleh beliau dan keputusan dibuat oleh Majlis Presiden.

Majlis presiden adalah badan tertinggi yang membuat keputusan dalam Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, KEADILAN dan DAP.

PAS diwakili oleh Presidennya, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, KEADILAN oleh Ketua Umum yang juga Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim manakala DAP menerusi Penasihat Kebangsaannya, Lim Kit Siang.

Akhbar berbahasa Inggeris kawalan MCA, The Star semalam melaporkan bahawa Zaid telah melepaskan jawatan presiden KITA dan menyuarakan minatnya untuk bertanding pilihanraya umum akan datang menggunakan tiket Pakatan Rakyat dan mungkin bertanding di Pekan.

Abdul Hadi juga sebelum ini dilaporkan berkata beliau sedia bertanding di mana-mana kerusi termasuk di Pekan.

Bagaimanapun, kenyataan Zaid lebih bersifat provokatif susulan cadangan Abdul Hadi mahu mencabar presiden Umno, Najib Altantuya dan Zaid hanya dilihat sebagai membuat 'test market' atau puak pengacau sahaja.

Mana mungkin Zaid boleh bertanding atas tiket Pakatan Rakyat sedangkan Abdul Hadi sudah mendapat restu Mursyidul Am parti itu, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk menentang Najib Altantuya.

Lewat petang semalam, Najib Altantuya mengulas hasrat Abdul Hadi untuk bertanding di kerusi parlimen yang diwakilinya sejak 1976 dan difahamkan sudah mula mengatur strategi khas sekiranya niat ahli parlimen Marang itu mahu mencabarnya diluluskan Majlis Syura PAS nanti. ~kd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan