PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Khamis, 1 November 2012

Rupanya Sebab Ni Ahli Parlimen BN Setuju Tangguh AES..

KUALA LUMPUR 1 November: Persetujuan Ahli Parlimen BN supaya pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguh kerana rahsia kerajaan memberi keuntungan kepada kroni terbongkar, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail. “Ini adalah hasil tekanan kita (Pakatan Rakyat) yang mendesak pembatalan AES kerana memberi keuntungan kepada kroni.
Akibatnya mereka rasa bahang kepanasan itu dan tembelang semakin terbongkar. Itulah menyebabkan mereka beramai-ramai setuju untuk tangguhkan,” katanya kepada Keadilan Daily.

Semalam, Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata, pelaksanaan AES dibuat secara mendadak tanpa mendapat pandangan orang ramai dan pakar berkaitan keselamatan jalan raya.

Sebelum itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyarankan kerajaan menangguhkan AES yang didapati terlalu banyak kelemahan dalam pelan pelaksanaannya dan perlu diatasi, antaranya, lokasi serta had laju praktikal sesebuah kawasan.

“Jelas, kerajaan tidak konsisten, sebelum ini cakap AES bertujuan untuk keselamatan rakyat. Kalau betul mementingkan keselamatan rakyat, kenapa boleh berubah keputusan?” soal Azan.

“Hentikanlah alasan kononnya kerajaan bantu rakyat, sedangkan dari awal mereka tidak jujur, memang dah tahu tujuan AES hanya untuk mengagihkan keuntungan antara kroni,” kata Pengerusi KEADILAN Terengganu itu.

Sebelum ini, semua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat sepakat untuk menangguhkan pelaksanaan AES sehingga kajian dijalankan mengenainya. ~kd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan