PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 6 November 2012

Kantoi!! Kenyataan Nazri Aziz Bercanggah Dengan SPRM..

KUALA LUMPUR 6 November: Datuk Seri Nazri Aziz dicabar dedahkan hasil siasatan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) berhubung kes penyeludupan RM40 juta oleh usahawan balak dari Sabah, Michael Chia.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, ia ekoran Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilihat bermati-matian mempertahan isu tersebut dalam jawapan bertulis di Parlimen, 11 Oktober lalu.

Nazri juga menyatakan ICAC tidak mengambil tindakan lanjut terhadap dakwaan itu berdasarkan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyatakan tiada elemen rasuah dalam kes tersebut.

“Nazri harus dedahkan keputusan ICAC dan SPRM tersebut, bukan hanya membaca dan memberi jawapan begitu di Parlimen,” kata Shamsul ketika dihubungi.

Pada 2008, Chia ditahan di Hong Kong bersama wang Singapura bernilai RM40 juta atas tuduhan pengubahan wang haram.

Chia kemudian memberitahu ICAC bahawa wang itu untuk Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Bagaimanapun, Nazri pada 22 Oktober lalu menyatakan Chia tidak pernah ditangkap ICAC dan wang itu adalah untuk kegunaan Umno Sabah.

“Kenyataan Nazri bercanggah dengan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull yang mengatakan siasatan ICAC sedang berjalan,” kata Pengerusi KEADILAN Melaka itu lagi.

Shamsul turut mengaitkan skandal tersebut dengan pendedahan berhubung kehidupan mewah anak Nazri, Nedim yang mendapat manfaat terus dari Chia.

“Ia menimbulkan keresahan di hati rakyat, apakah Nazri komited pertahan kepentingan negara atau kepentingan peribadi?” tegasnya.

“Justeru kita juga mencabar Nazri agar bawa ejen ICAC ke Malaysia dan jelaskan kepada umum bahawa kes itu memang tidak boleh dibuktikan,” cabar beliau. ~kd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan