PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Isnin, 12 November 2012

Gila!! Umno Berkempen Secara Terbuka Dalam Kem Tentera.. Surat Ni Sebagai Bukti

SEREMBAN -  PKR hari ini merasa pelik dengan tindakan Umno menggunakan kem tentera untuk satu program anjurannya dan kesal kenapa pihak tentera yang sepatutnya berkecuali dan ‘apolitical’ membenarkan premis mereka digunakan oleh parti politik. Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat dari PKR, Aminuddin Harun dalam sidang akhbar tengahari tadi, mendedahkan kepada media sepucuk surat pekeliling yang dipercayai ditandatangani dan dikirimkan oleh Ketua Bahagian Umno Seremban, Datuk Ishak Ismail kepada semua penduduk Sikamat.

Beliau menjemput penduduk hadir ke ‘Majlis Jamuan Mesra Rakyat bersama Warga Kem Sikamat’ pada malam ini di Perkarangan Kem Rejimen Ke-4, Artileri DiRaja Malaysia, Sikamat (Kem Sikamat).

“Saya kesal kerana Umno dibenarkan mengadakan program dalam kem tentera itu sendiri. Surat jemputan mempunyai kepala surat (letter head) berlambang Umno.


“Apa yang mengejutkan Pegawai Pemerintah Kem Sikamat turut dijadualkan memberi ucapan pada program tersebut malam ini. Sikap kecuali ‘apolitical’ tentera sudah tidak ada lagi.

“Selain itu Ketua Umno Bahagian Seremban juga dijadualkan berucap. Bagi pihak PKR dan Pakatan Rakyat, saya amat risau dengan cara kempen dalam kem tentera.

Sepatutnya tentera bersikap berkecuali.

“Saya mahu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut dijadualkan berucap pada malam ini memberi penjelasan apakah parti politik dibenarkan menganjurkan program dalam kem tentera.

“Jika dibenarkan maka saya selaku ADUN di kawasan ini juga ingin mengadakan program mesra rakyat bersama warga Kem Sikamat dan semua penduduk Sikamat dalam perkarangan Kem Sikamat,” kata Aminuddin dengan nada sinis.

Aminuddin juga mempersoalkan apakah kem tentera yang sepatutnya menjadi kawasan larangan boleh membenarkan orang awam hadir.

“Apakah rahsia dan keselamatan kem tentera tidak terdedah kepada umum? Saya harap Pegawai Pemerintah tentera memikirkan semula aspek ini,” kata Aminuddin. ~fmt


Addin :

Umno sudah terdesak dan panas punggung.. PRU13 makin hampir.. hayat mereka makin hampir. Sanggup buat apa sahaja bagi mengekalkan kuasa, jika tiada kuasa pemimpin yang bermasalah pasti di sumbat ke penjara..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan