PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Jumaat, 2 November 2012

Rosmah Tak Bersalah Model IFF Tunjuk Ketiak..


KUALA LUMPUR 2 Nov - Pengasas dan Pengerusi Festival Fesyen Islam (IFF), Datuk Raja Rezza Shah menafikan bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dengan isu gambar yang disebarkan oleh beberapa blog pembangkang  berhubung seorang model yang mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat.

 Menurut Raja Rezza, Datin Seri Rosmah merupakan penaung kepada IFF, namun beliau tidak tahu mengenai aktiviti yang dilakukan olehnya sebagai pengasas dan pengerusi IFF.

"Beliau hanya penaung..tetapi bukan dia yang tetapkan A to Z...dia tidak tahu apa yang saya buat dan bukan semua 'function' yang diadakan dia hadir," ujarnya.

Tambahnya, Rosmah sering mengingatkan beliau agar pelaksanaan IFF ini memberikan kebaikan kepada masyarakat.

"Beliau sering tekankan...make sure it can help people, make sure it can give benefit to people..and please be carefull," katanya kepada KLPOS ketika di temui di kediamannya di Ulu Klang, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab mengenai spekulasi blog pembangkang yang menyebarkan gambar dari sebuah akhbar harian yang memaparkan salah seorang daripada sebahagian model IFF tidak mengenakan pakaian yang sesuai dengan tema festival tersebut pada sidang media diadakan.

"Mengenai gambar itu, hanya seorang saja yang memakai busana tidak berlengan dan mereka (pembangkang) seharusnya bertanya kepada saya terlebih dahulu.

Andaikan, wanita itu adalah model saya, dan saya jadikan sebagai konsep untuk menunjukkan perubahan daripada individu yang memakai pakaian terdedah kepada yang menutup aurat. Tetapi malangnya, dia bukan model saya," katanya.

Raja Rezza turut berkata bahawa wanita itu bukanlah tetamu undangannya pada sidang media tersebut tetapi dia datang bersama Persatuan Bencana Negeri Kedah untuk memperagakan selendang pada hari persembahan nanti.

"Pada sidang media tersebut, terdapat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang hadir bagi memperjelaskan mengenai kutipan amal yang akan mereka lakukan melalui IFF, dan wanita tersebut hadir bersama salah satu NGO itu. Saya memang tidak tahu menahu mengenai kehadirannya," ujarnya.

Selain itu, Raja Rezza turut difahamkan bahawa wanita tersebut berpakaian begitu (tidak menutup aurat) kerana dia akan melalui proses 'transform' ada hari persembahan fesyen nanti.

"Inilah, mudah sangat orang kita membuat kesimpulan. Umpama filem yang belum siap, tetapi kita dah cerita mengenai pengakhirannya," katanya.

Namun begitu, spekulasi yang dimainkan oleh pihak pembangkang itu, bukan perkara yang serius bagi Raja Rezza yang juga merupakan seorang pereka fesyen itu.

"Saya bersyukur kerana agama kita, Islam ada akhirat menanti. Apa saja fitnah, tuduhan dan sebagainya yang dilemparkan, kita tahu dimana penyudahnya," ujarnya lagi.

Memiliki kelebihan untuk menarik perhatian negara luar merupakan salah satu faktor  Datin Seri Rosmah Mansor dipilih sebagai penaung kepada IFF.

Raja Rezza berkata, pemilihan Rosmah sebagai penaung kepada festival yang diasaskan oleh beliau ini merupakan pilihan yang tepat kerana beliau mampu membantu IFF mencapai matlamat yang diinginkan.

"Saya cakap kepada beliau...fesyen bertudung merupakan platform kepada kita untuk tunjukkan kepada dunia luar bahawa agama Islam ini 'gentle' (lembut).

Kita boleh gunakan filem, lagu dan bersyarah untuk menyampaikannya, tetapi kami mengambil pendekatan dengan mengadakan persembahan fesyen. Alhamdulillah, beliau setuju untuk menjadi penaung IFF untuk membawa ke tahap yang lebih tinggi," katanya.

Menurut Raja Rezza, penghargaan perlu diberikan kepada Datin Seri Rosmah kerana walaupun melalui jadual harian yang sibuk, beliau tetap terima pelawaan untuk menjadi penaung IFF.

"Saya amat berterima kasih kepada beliau (Rosmah). Penglibatannya telah memperlihatkan hasil...hasilnya, IFF kini dikenali di serata dunia melalui kenalan dan usaha-usaha yang dilakukan oleh beliau," katanya lagi. ~KLpos

Baca berita berkaitan di sini.

Addin :

Dah kalau Rosmah sebagai penaung IFF tak bersalah.. jadi Najiblah yang bersalah sebab tak didik Rosmah ajaran Islam yang sebenar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan