UMNO Lenggong bersetuju dengan kenyataan Pemimpin MCA???
LENGGONG, jumaat- 9 Nov - Kira-kira 300 umat
Islam mewakili NGO Pertubuhan Kumpulan Islam Selamatkan Aqidah (PERKISA),
berhimpun dan berarak dari masjid Jame' di sini menuju ke pejabat Umno Bahagian
dan pejabat khidmat masyarakat Parlimen L
enggong untuk menyerahkan memorandum kepada pemimpin umno bagi
membantah kenyataan pemimpin MCA menghina Islam.
Himpunan dan perarakan itu bermula sejurus selepas umat Islam selesai
menunaikan solat jumaat yang turut disertai oleh pimpinan Dewan Himpunan
Penyokong PAS (DHPP) Perak, Ah Beh dan S. Naliraja.
Himpunan dan perarakan aman untuk menghantar memorandum ini berjalan dengan
lancar dengan kerjasama baik daripada pihak polis. Namun begitu, tiada seorang
pun pimpinan atau wakil daripada parti Umno dan Bn yang berani tampil untuk
menerima memorandum bantahan tersebut.
Menurut wakil NGO PERKISA, Saidi Sabri, 40, Sikap yang ditunjukkan oleh
pemimpin Umno dan Bn di Parlimen Lenggong terhadap suara masyarakat Islam di
sini hari ini, jelas membuktikan mereka tidak melaksanakan slogan rakyat
didahulukan.
Dalam ertikata lain, pimpinan parti Umno Bahagian langsung tidak peka dengan
sensitiviti umat Islam atau tidak mengendahkan langsung suara rakyat. Walaupun
bantahan yang diadakan oleh pihak PERKISA ini sangat berkaitan dengan kesucian
agama Islam.
Hero Umno Lenggong, boleh di calonkan sebagai wakil rakyat dari MCA. |
Menurutnya lagi, Umno dan Bn terbukti gagal menunjukkan keikhlasan sebenar
mereka didalam isu agama yang sedang dicanangkan oleh rakan parti komponen
mereka (MCA). sedangkan dalam masa yang sama, Umno mendakwa merekalah parti
orang melayu yang memperjuangkan AGAMA,BANGSA.
Apalah gunanya masyarakat melayu memilih mereka sebagai Wakil Rakyat, sekiranya
kecaman umat Islam terhadap rakan komponen Umno (MCA) supaya menghentikan
penghinaan keatas kesucian Islam tidak di endahkan langsung oleh Yang
Berhormat Umno di sini.
Untuk pengetahuan masyarakat Islam di sini, Sikap tidak bertanggungjawab
pemimpin Umno (Melayu/ Islam) di Parlimen Lenggong pada hari ini juga, sudah
jelas menunjukkan pendirian dan keikhlasan mereka mengenai kesucian agama Islam
itu sendiri.
Persoalannya di sini;
1. Mengapa Wakil Rakyat Umno tidak mahu menerima Memorandum bantahan menghina
agama daripada umat Islam, sedangkan rakyat telah melantik mereka sebagai
pemimpin???
2. Mengapa tidak menentang MCA yang sudah terbukti anti Islam???
Adakah kerana;
1. MCA rakan parti komponen Umno maka, pemimpin Umno membenarkan sahaja
Kesucian Agama Islam terus dihina dan seterusnya langsung tidak mahu mendengar
bantahan daripada umat Islam???
2. Apakah lantikan jawatan YB oleh rakyat itu suatu kebanggaan dan
kesombongan???
3. Apakah tugas dan tanggungjawab sebenar YB sebagai seorang pemimpin kaum
muslimin khususnya dalam hal-ehwal agama sehingga sanggup berdiam diri apabila
Islam di caci-maki oleh rakan komponen Umno sendiri???
"OLEH KERANA YB-YB SEKELIAN, SEDANG BERKUASA MEMIMPIN KAUM MUSLIMIN DAN
MENJADI WAKIL RAKYAT LENGGONG, MASYARAKAT ISLAM DI SINI MAHUKAN PENJELASAN
DARIPADA YB MENGENAI TAPAK PENDIRIAN SEBENAR DALAM ISU INI DENGAN PENUH
KEIKHLASAN DAN KEINSAFAN."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan