Muhyiddin Mengakui Sabah Bukan Lagi Deposit Tetap BN
KOTA
KINABALU - Barisan Nasional (BN) akan berusaha habis-habisan untuk
mempertahankan Sabah pada pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.
Beliau berkata, ada pihak tersalah faham dengan menyifatkan Sabah sebagai 'deposit tetap' BN, sedangkan sebenarnya negeri ini sama pentingnya dengan negeri lain.
Beliau berkata, ada pihak tersalah faham dengan menyifatkan Sabah sebagai 'deposit tetap' BN, sedangkan sebenarnya negeri ini sama pentingnya dengan negeri lain.
"Sabah sangat penting bagi kita (BN). Kita tidak boleh kehilangan Sabah. Kita perlu pertahankannya dengan sedaya upaya," katanya pada majlis sarapan pagi dengan anggota Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) dan veteran Umno di sini. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Muhyiddin melahirkan harapan agar Mubarak akan terus memainkan peranannya untuk membantu kerajaan BN melaksanakan dasar dan program pembangunan dengan sering turun padang untuk merapatkan lagi hubungan dengan rakyat, terutama di peringkat akar umbi.
"Walaupun sekarang anda (anggota Mubarak) ada banyak masa untuk bersama keluarga, tapi saya percaya ingin terus berkhidmat kepada rakyat dengan sedapat mungkin dan kerajaan menghargai serta mengucapkan terima kasih atas usaha murni anda ini.
"Saya yakin anda terus mengikuti perkembangan politik semasa dan bimbang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. BN sudah berkhidmat kepada rakyat selama lebih 50 tahun dan rakyat semakin meyakini kita. Oleh itu, kita tidak boleh menghampakan mereka sekarang," katanya.
Muhyiddin juga mengingatkan Mubarak bahawa kini rakyat meletakkan harapan tinggi terhadap kerajaan berikutan kemajuan teknologi komunikasi maklumat.
"Ada orang yang menjanjikan bulan dan bintang. Mubarak boleh memainkan peranannya dalam menangkis pembohongan dan janji kosong itu agar ia tidakmemberi kesan negatif terhadap rakyat.
"Kita sedar kita dipilih oleh rakyat. Oleh itu, sambil mengajak rakyat menghakimi kita, kita juga perlu pastikan kita memberi yang terbaik kepada mereka agar mereka terus menyokong kita dan memberi kemenangan kepada kita pada pilihan raya kelak," katanya. ~bernama
jangan percaya , ladang sawit milik Lembaga Johor Tenggara,beribu2 ekar telah diswastakan kemudian dijual kpd. southern intergrated Agriculture. Pelan pembangunan pemajuan kpg melayu majidi dan pelan pemajuan kawasan Larkin,dimana penghuni2 disini adalah 100% melayu, nasib baik tidak diteruskan oleh menteri besar yg baru.Jika tidak habis rizab melayu dirampas utk dijadikan bangunan comercial dan kondo. Dari jawatan MB, dia ke KL memegang jawatan Menteri pertanian, kemudian TPM. Hidup Melayu !!
BalasPadam