'Polis Hantu' Dalam PDRM
KULIM
- Setelah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 32
tahun, seorang lans koperal terkejut apabila dia menerima surat pihak
berkuasa, mengatakan dia tidak memiliki kewarganegaraan Malaysia.
Lelaki berusia 55 tahun itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, mendakwa masalah berkenaan timbul apabila dia diarahkan memohon kad pengenalan awam oleh Bahagian Perjawatan di Bukit Aman, di mana dia bertugas.
Lelaki berusia 55 tahun itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, mendakwa masalah berkenaan timbul apabila dia diarahkan memohon kad pengenalan awam oleh Bahagian Perjawatan di Bukit Aman, di mana dia bertugas.
Kad
pengenalan awam itu penting kerana dia dijadualkan bersara dua tahun
lagi. Dia terkejut dan kecewa apabila permohonannya ditolak Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN).
Menurutnya, dia menunjukkan
sijil asal kelahirannya kepada pegawai JPN selepas penolakan itu,
tetapi masalahnya masih tidak dapat diatasi.
Mat menunjukkan surat beranaknya
kepada Sinar Harian yang menunjukkan dia dilahirkan di Kulim pada
1955. Dia mendakwa memasuki Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 24 April
1980.
Katanya, mengikut penjelasan JPN
kepada Bukit Aman, dia tidak miliki kewarganegaraan Malaysia dan
disebabkan itu, dia bimbang ia akan menimbulkan pelbagai permasalahan
apabila dia bersara.
“Sepanjang 32 tahun saya
bertugas dalam PDRM, masalah ini tidak pernah timbul. Saya sudah enam
kali mengundi melalui pos, menggunakan kad kuasa. Sekiranya saya bukan
rakyat Malaysia, bagaimana saya boleh mengundi?" katanya.
Dia mendakwa surat daripada
Bukit Aman itu bertarikh 23 Oktober dan salinan surat itu dihantar
kepada beberapa pengarah dan penolong pengarah yang bertugas di Bukit
Aman.
"Sudah lima kali saya memohon
kad pengenalan awam tetapi gagal. Saya bimbang disebabkan masalah ini,
wang pencen dan lain-lain (yang terkumpul) sepanjang saya berkhidmat
dengan PDRM dibekukan,” katanya.
Dia bercadang membuat laporan
polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa
cuai hingga mengakibatkan dia tidak mempunyai taraf kewarganegaraan
Malaysia.
“Saya akan saman pihak terlibat.
Kerana kecuaian merekalah saya berhadapan dengan masalah ini. Pihak
itu tidak seharusnya hukum saya dengan menyatakan saya tidak layak
menyertai PDRM.
"Kalau saya tidak layak,
bagaimana saya boleh bertugas dengan PDRM selama 32 tahun, menerima
BR1M dan banyak kemudahan lain daripada kerajaan?" katanya. ~sinar
Addin :
Bukannya pengundi hantu je ada.. polis hantu pun ade.. kredibiliti JPN terus di persoal..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan