PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 13 November 2012

Najib Buat Kerja Gila Lagi..


Umpama meludah ke langit, terpercik ke muka sendiri, begitulah perumpamaan paling tepat bagi menggambarkan pengumuman terbaru presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional (BN) yang dilihat semakin terdesak dan semakin sesak.

Setelah meluluskan pembinaannya pada 2007 sebelum BN tumbang di tangan Pakatan Rakyat Selangor, pihak yang sama kunun akan membatalkannya pula!Perdana Menteri, Najib Altantuya hari ini mengumumkan akan membatalkan projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves sekiranya BN berjaya menawan Selangor."Kompleks Batu Caves ini mesti kita kekalkan dan kita pertahankan daripada berlaku sebarang perkara yang boleh merosakan kedudukannya sebagai satu tempat mulia bagi orang Hindu.

"Saya nak katakan, kerajaan BN akan pertahankan kompleks Batu Caves. Kita beri jaminan bahawa seandainya BN berjaya ambil alih Selangor, projek kondominium 29 tingkat akan dibatalkan."Pembangunan di kawasan ini boleh ancam Batu Caves. Pengakuan saya buat ini merupakan satu pengakuan kerajaan BN, sebuah kerajaan janji ditepati," kata Najib Altantuya.Najib Altantuya berkata demikian semasa berucap pada majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC di perkarangan kompleks Batu Caves hari ini.

Dalam reaksi balas selepas pengumuman Najib Altantuya itu, Kerajaan Selangor tampil dengan penjelasan sebenar status isu kontroversi tersebut.Exco kerajaan negeri, Xavier Jayakumar menyifatkan pengumuman Najib Altantuya tersebut satu tindakan terdesak cuba meraih sokongan politik dari masyarakat India di saat penganut agama Hindu sedang ceria menyambut perayaan Deepavali.

Menganggapnya satu lagi "rasuah politik", Xavier juga mengulangi komitmen kerajaan negeri membatalkan pembinaannya seperti yang telah diumumkan menteri besar, Khalid Ibrahim, Ahadlalu.Tambahnya, kerajaan negeri telah mengeluarkan notis henti kerja kepada pemaju pembinaan kondo Dolomite Park Avenue dan kini melihat satu tindakan muktamad bagi menyelesaikan polemik yang melanda penduduk sekitar kawasan tersebut.

Mengulas sama, ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo turut bersetuju dengan kenyataan Xavier sambil menempelak Najib Altantuya seakan mengugut rakyat Selangor khususnya kaum India.Dengan nada sinis, Gobind menyindir Najib Altantuya dengan mengungkapkan kata-kata "Saya tolong kamu, kamu tolong saya".

Ungkapan tersebut pertama kali disebut presiden Umno itu semasa satu ceramah yang diadakan ketika pilihanraya kecil parlimen Sibu dua tahun lalu.Kondominium tersebut menjadi kontroversi ekoran empat pemimpin MIC sendiri bersetuju meneruskannya semasa menjawat jawatan ahli majlis tempatan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 2007.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan