20 tahun jadi Ketua Kampung, Penaja Umno Bahagian Kuala Krau sertai PAS
Tidak semena-mena, bekas Ketua
Umno Felda Melati, Jengka 11, Nawi Mat Deris 70, meninggalkan Umno dan
menyertai PAS. Nawi dalam ucapan sulungnya berkata, dia meninggalkan
Umno yang diperjuangkan sejak muda, setelah menyedari perjuangan yang
sebenar ialah perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Nawi
memimpin Umno Jengka 11 dan menjadi Ketua Kampung serta Ketua Cawangan
Umno selama 20 tahun, disamping menjadi AJK Umno Bahagian Maran. Beliau
juga menjadi penaja Umno Bahagian Kuala Krau yang diwujudkan selepas
persempadanan semula.
Nawi memilih PAS kerana
perjuangan ini berasaskan perjuangan Rasulullah S.A.W dan PAS ingin
memerintah negara berasaskan sunnah. Ini berbeza dengan perjuangan yang
dilaungkan oleh Umno. Islam entah ke mana, bangsa terus tergadai. Dia berikrar
akan menggunakan pengalamannya untuk membantu PAS menang dalam PRU-13
akan datang. Nawi merayu rakan-rakannya yang masih bersama Umno supaya
jangan ragu-ragu untuk bersama PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan