KGT: Utusan berdepan tindakan undang-undang
3 Ramadhan 1433H. [MOD] -
KOTA
BHARU: Akhbar Utusan Malaysia sekali lagi bakal berhadapan tindakan
undang-undang berikutan laporan ‘fitnah’ terhadap pengurusan Kelantan
Golden Trade (KGT).
Turut
bakal dikenakan tindakan yang sama, bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik
Mahani Mohamad, yang didakwa turut memfitnah berhubung KGT.
Exco
kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, pada sidang medianya memberitahu
tindakan berkenaan diambil bagi membersihkan nama baik KGT yang sering
dijadikan sasaran fitnah oleh dua pihak tersebut di samping pihak lain.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat khas di pejabat PMBK Sawit, di sini petang tadi.
KGT
telah menghantar surat kepada dua pihak berkenaan bagi memaklumkan
tindakan yang bakal dikenakan terhadap pihak terbabit pada 10 Julai
lalu.
“Kita
mendapat maklum balas dari akhbar Utusan yang minta tangguh selama dua
minggu dan ianya dijangka berakhir dua hari lagi, bagaimanapun Nik
Mahadi tiada maklum balas,” ujarnya.
Menurutnya,
beliau telah menyerahkan kepada peguam untuk mengambil tindakan
berikutan beberapa siri siaran dalam akhbar terabit yang berunsur fitnah
terhadap KGT yang dianggap tidak berasas.
Tegasnya,
jika diteliti dalam laporan akhbar berkenaan beliau memberitahu
seolah-olah ianya (KGT) penuh dengan debu, langsung tidak selamat.
Tambahnya, pihak polis langsung tidak melakukan sebarang siasatan ke atas KGT.
“Seharusnya pihak media mengambil keterangan dari pihak yang dituduh terlebih dahulu sebelum membuat sebarang berita di akhbar.
“Sebaliknya
apa yang berlaku itu diselidiki dahulu dan bukannya terus menyiarkan
berita berunsur fitnah, apa lagi di muka hadapan,” ujarnya.
Husam
seterusnya menyeru golongan media mengambil roh Ramadan yang mulia itu
untuk melakukan kerja yang lebih bertanggungjawab tanpa ada unsur
fitnah.
Tegasnya, dalam Islam fitnah lebih buruk daripada membunuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan