Abby Abadi terjah Mursyidul Am PAS petanda hatinya kini sudah terpaut!
Teringat saya kata-kata Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul
Manan "Belum sampai masanya" apabila beliau diajukan soalan bia lagi nak
masuk PAS? Macam rakan-rakan artis yang lain. Inilah tandatanya di
kalangan ahli dan penyokong PAS, malah pimpinan PAS di semua peringkat.
"Bila Abby nak masuk PAS?"
Pada hemat saya, jawapan Inspektor Aliza dalam drama Gerak Khas arahan
Yusuf Haslam agak menarik dan jujur. Dia rela menjadi kelompok orang di
luar parti bagi mencari erti perjuangan sebenar dan memahami konteks
agama dan politik tidak adapat dipisahkan sebelum mengambil langkah
seterusnya.
"Bukan saya taknak jadi ahli PAS atau nak mengelak menyertai PAS, tetapi
masih ramai di luar sana tidak faham agama dan politik tidak boleh
dipisahkan. Nak tarik orang masuk bukan senang, kena perlahan-lahan,"
ujar Abby di Kompleks PAS Kota Sarang Semut 27 Jun lalu.
Namun, Abby tidak dapat menahan sebak apabila diminta Menteri Besar Tuan
Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menceritakan bagaimana beliau mula
terdetik untuk berubah dan mendekati perjuangan Islam sewaktu menerjah
tokoh ulama itu pada 2 Julai lalu. Abby hanya sempat menyatakan, pada
awalnya mempunyai masalah peribadi, dan terus memohon kepada Allah
sewaktu berada di Makkah diatasi masalahnya.
Katanya, dia memohon pada Allah agar ditunjukkan jalan yang benar
bagaimana harus dia tuju dalam saat sebegitu. Abby menerjah Mursyidul Am
PAS itu di Pejabat Menteri Besar Kelantan di Bangunan SUK. Abby
memberitahu Tuan Guru, sebelum ini beliau pernah menghadiri program lain
termasuk anjuran Barisan Nasional, namun ianya berbeza dengan anjuran
PAS yang lebih terasa diri dekat dengan Allah.
Dalam pertemuan itu beliau juga meminta Tuan Guru mendoakan beliau agar
terus istiqamah dengan perubahannya ini. Pada masa sama, Tuan Guru yang
juga Mursyidul Am PAS turut meminta Abby mendoakan Kelantan kekal
dibawah pemerintahan parti Islam dan dia sentiasa sihat. Somoga Abby
cepat-cepat masuk PAS agar dapat melonjakkan lagi sokongan dan dokongan
para peminatnya dan umat islam lainkan bersama perjuangan PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan