Ohhhh tidak! Datuk Sharifah Aini nak masuk PAS?
Beberapa orang rakan menghantar SMS kepada saya. Bertanyakan "betulkah Kak Pah nak masuk PAS?". Sukar
juga saya menjawabnya. Mereka hantar kepada saya, kerana meraka
menjangkakan saya ada banyak chanel untuk mendapatkan maklumat terkini
mengenai artis masuk PAS.
Kak Pah atau Datuk Sharifah Aini adalah nama besar dalam persada seni
dan hiburan tanah air. Sertai PAS bukan perkara mudah untuk dilakukan
oleh insan bernama Kak Pah. Tetapi pendidikan agama Kak Pah tidak
terlalu dhaif untuk membuat pilihan. Apatah lagi anak lelakinya yang
mengaji di Universiti Al-Azhar barangkali upaya mendorong Kak Pah
berbuat demikian.
Berdasrkan perkembangan semasa, tidaklah pelik jika Kak Pah sertai PAS.
Siapa menduga penulis lirik, juri Maharaja Lawak, pelakon dan pelawak
seperti Bob Lokman boleh bersama PAS pada hari ini? Begitu juga dengan
Juala Lagu 1990 dan 1995 dengan lagu hitnya "Janji Manismu",
Aishah Ariffin boleh menyerahkan borang menjadi ahli PAS kepada
Mursyidul Am parti itu? Begitu juga dengan hero filem Leftenan Adnan,
Hairie Othman dan Leman Raja Lawak yang turut menyertai PAS baru-baru
ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan