Sabtu, 21 Julai 2012
PM PENAKUT, MENTERI DALAM NEGERI PULA LEMBAB
Oleh: WFAUZDIN NS
SEMAKIN hampir Pilihanraya Umum, semakin gila kerja puak-puak ini.
Tidak puas dengan berita fitnah terhadap pimpinan PR, puak-puak sekutu
APCO ini berterusan mencari jalan untuk memper'lembu'kan rakyat agar
terus menyokong parti yang sedang nazak itu sekarang.
Memeranjatkan juga, sampai ke tahap mempergunakan pihak keselamatan
untuk cuba memperbodohkan rakyat. Kisah bagaimana seorang Pegawai dari
Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian dengan selambanya melaporkan "Terdapat
pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan
dengan gerakan Komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang
selain cuba menjadi calon dalam PRU akan datang. Katanya, Cawangan Khas
itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan
Komunis cuba meresapi DAP. Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia
(PSM) dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand
yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas
pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana." (Bernama).
Kalau sudah PAS diresapi oleh JI (ajaran sesat), PKR dan DAP pula oleh
Komunis maka parti yang paling `bersih' tanpa diresapi oleh sesiapa ini
hanya Umno/Bn sahaja? Jika mahu membodohkan rakyat sekalipun jangan
sampai nampak kamu itu lebih bodoh. Peliknya, Menteri Dalam Negeri,
Hishamuddin apabila diminta mengulas dakwaan dari Pegawai Bukit Aman
ini, beliau hanya menjawab beliau tidak tahu kerana tiada maklumat
diberi kepadanya. Pelik bukan?
Bagaimana seorang Pegawai dari PDRM boleh memberikan maklumat kepada
pihak media dengan membelakangkan Menteri Dalam Negeri? Siapa
memperbodohkan siapa? Mengapa Hishamuddin terlalu lembik di dalam hal
ini sehinggakan pegawai di bawah kementerian beliau pun boleh
membelakangkan nya?
Hakikatnya, ini semua cerita karut marut menjelang PRU, tidak lebih dari
itu. Oleh kerana Umno sudah kekeringan idea disaat hayat Umno dihujung
tanduk maka tiada pilihan lain kecuali untuk mencipta apa jua cerita
asalkan ianya memburukkan PR. Nasib parti ini tidak lagi boleh
bergantung kepada dubur Sepol kerana `koyak' di dubur Sepol semakin luas
dan hampir rabak. Fitnah terhadap DS Anwar dan Azmin langsung tidak
berkesan, malahan sambutan terhadap kedua-dua tokoh tersebut tidak
pernah berkurangan.
Najib benar-benar hampir melanggar dinding sekarang. Tiada sesiapa di
dalam Umno yang boleh bantu beliau melainkan semuanya seolah-olah mahu
melihat Najib terlentang macam Pak Lah selepas PRU nanti. Jadi tidak
pelik jika kita lihat Muhyiddin hentam MCA dan MIC sedangkan Umno
teramat pentingkan sokongan kedua-dua parti tersebut. Pening Najib
dibuatnya dengan perangai si lembam ini. Kini, Hishamuddin pula buat
kerja bodoh buat tidak tahu apa yang pegawai beliau sendiri laporkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan