Semua Tunggakkan Gaji Blogger Upahan Sudah Pun Di Bayar.. Ini Buktinya - Umno Melaka
BANDARAYA MELAKA - Umno Melaka mengganggap dakwaan seorang pengendali
blog tidak dibayar tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370 sebagai
‘tiada isu’. Malah, Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka,
Datuk Akbar Ali turut mengemukakan bukti bahawa segala pembayaran sudah
dijelaskan menerusi dokumen di pejabat Umno Melaka. Menurutnya,
pengendali blog berkenaan sudah pun menandatangani sendiri surat
persetujuan Badan Perhubungan Umno Melaka membayar tunggakan gaji
bertarikh 20 Disember 2011.
Katanya, tunggakan RM24,370 itu setelah dipotong baki pinjaman serta
aset pejabat Umno yang masih belum dipulangkan selepas berhenti kerja.
“Gaji tertunggak RM38,000 yang dituntutnya terpaksa ditolak baki
pinjaman berjumlah RM2,300 serta 12 peralatan pejabat yang masih dalam
simpanannya berjumlah RM24,370. Menjadikan jumlah sepatutnya dibayar
RM11,330.
“Malah, dalam surat kita bertarikh 20 Disember 2011, kita sendiri telah
nyatakan bersetuju membayar RM11,330 selepas ditolak jumlah disebut
tadi," katanya.
Menurutnya, pengendali blog itu sendiri telah menandatangani surat
berkenaan yang mana boleh dianggap sebagai persetujuan dengan jumlah
dipersetujui.
"Jadi tidak timbul sebarang isu tunggakan. Malah, pemeriksaan di pejabat
Umno menunjukkan tiada satu pun rayuan daripada dia untuk
mempertimbangkan semula, sekali gus membuatkan isu ini boleh kita anggap
sebagai sudah selesai,” katanya kepada Sinar Harian di Bangunan Umno
Negeri, di sini semalam.
Akbar berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian, Ahad lalu
mengenai dakwaan pengendali blog, Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, bahawa
sebuah parti politik di negeri ini belum membayar tunggakan gajinya.
Dia yang bertugas sebagai Pegawai Sistem Maklumat Perhubungan Umno
Melaka turut mendakwa hanya dibayar kurang RM1,000 sebulan walaupun
dijanjikan gaji RM3,000 sebulan.
Sementara itu, Akbar berkata, Badan Perhubungan Umno tidak pernah
menawarkan gaji RM3,000 kepada Ahmad Faisal, sebaliknya hanya RM1,500
selari dengan surat tawaran bertarikh 13 Mei 2008.
Bagaimanapun, katanya, jumlah berkenaan kemudiannya dinaikkan ke RM2,000
beserta elaun kenderaan RM200 sebulan apabila dia membuat rayuan.
“Soal gaji RM3,000 tidak timbul kerana tiada hitam putih beliau meminta jumlah berkenaan.
“Apabila beliau meminta tunggakan RM38,000 (baki gaji bulanan selama 38
bulan berkhidmat), Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak
bersangka buruk padanya dan bersetuju membayarnya,” katanya.
Bagaimanapun, Akbar berkata, jumlah RM38,000 terpaksa ditolak setelah
Ahmad Faisal tidak memulangkan tiga komputer riba, dua pencetak, empat
modem jalur lebar, dua 'external hard disk' dan satu kamera.
“Kalau benar dia sanggup pulangkan sebagaimana didakwa, kenapa tidak
berbuat demikian walaupun sudah tiga surat peringatan kami keluarkan
sebelum ini?" katanya. ~sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan