Patutlah Najib Tangguh PRU..
Satu rencana akhbar The Vancouver Sun pada 3 Julai lalu menyatakan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan rancangan mengadakan
pilihan raya umum kes rasuah Scorpene. Rencana ditulis Jonathan
Manthorpe itu melaporkan Setiausaha Parlimen Najib memaklumkan pilihan
raya hanya akan diadakan selepas tamat mandat lima tahun pada Mac 2013,
walaupun sebelum ini sumber dalam Umno mengatakan ia akan diadakan
Julai. Lebih teruk bagi Najib, tulis Jonathan, dokumen siasatan polis
Perancis menunjukkan firma pertahanan Perancis, DCNS membayar USD$45
juta untuk mendapatkan dokumen sulit Tentera Laut Malaysia.
“Pembangkang Malaysia berkata jika dakwaaan itu benar, penjualan dokumen sulit yang memberi kelebihan kepada DCNS dalam tender kapal selam itu adalah satu pengkhianatan.
“Masalah Najib yang bertimpa-timpa diberatkan lagi apabila 133 fail hasil serbuan Unit Anti-Jenayah Terancang Polis Kehakiman Perancis ke pejabat DCNS di Paris dibocorkan kepada laman Asia Sentinel.
“Dokumen itu antaranya menjelaskan DCNS bertindak membeli pengaruh melalui orang kanan Najib, Abdul Razak Baginda selepas merasa ketinggalan dengan syariket German, Kockums AB dalam persaingan melobi kerajaan Malaysia.
“Dalam dokumen lain, pegawai DCNS mengatakan bayaran USD142 juta kepada Perimekar akan dibahagikan kepada beberapa individu dan juga parti pemerintah iaitu UMNO,” jelas Manthorpe seperti dipetik.
7 Mei lalu, rencana Manthorpe dalam akhbar utama British Columbia itu melaporkan mahkamah Perancis memulakan perbicaraan kes Scorpene yang kini memasuki peringkat perbicaraan di Tribunal de Grande Instance, Paris.
Kes itu turut dikaitkan dengan Najib dan pembunuhan penterjemah Altantuya Sharibuu dalam skandal berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan