Jumaat, 13 Julai 2012
KEADILAN PAHANG TAWARKAN KERUSI UNTUK USTAZ AZHAR IDRUS?
IDOLA anak muda khususnya, Ustaz Azhar Idrus kini semakin popular di
seluruh negara. Tanyalah kepada sesiapa anak muda hatta mat rempit
sekalipun mereka pasti mengenali ustaz yang berusia 40-an ini.
Perkataan "Boh" (boss) atau "JKK" menjadi sebutan di bibir anak-anak
muda sekarang.
Perlukah Ustaz Azhar Idrus bertanding di dalam PRU? |
Tidak pelik sekiranya Mashita, yang digelar Ustazah Umno yang pernah
"mendharuratkan' hukum melacur itu menggelar Ustaz Azhar Idrus ini
sebagai "Ustaz Raja Lawak". Begitu juga dengan Ularmak Muda Umno,
Fathul Bari yang sering mempersendakan idola anak muda tersebut.
Semenjak bila Umno suka kepada Ulamak? Ulamak mereka pun suka menendang
peti undi seperti Firdaus bekas Imam Besar Masjid Negara yang kalah
teruk kepada DS Wan Azizah dahulu.
Kehebatan Ustaz Azhar Idrus membuatkan mereka sakit hati dan dengki.
Ceramah mereka yang tidak henti-henti mengampu pemimpin kerajaan itu
tidak mendapat sambutan, sebaliknya ceramah atau kuliah Ustaz Azhar
Idrus yang penuh pengisian dan berani itu amat diminati masyarakat
bahkan diminati oleh ahli-ahli Umno yang ada sedikit kemahuan untuk
belajar mendapatkan ilmu.
Baru-baru ini dikhabarkan kepimpinan KEADILAN Pahang menyuarakan
keinginan mahu meletakkan Ustaz Azhar Idrus bertanding di dalam PRU akan
datang. Orang kuat KEADILAN Pahang ini sanggup menawarkan kerusi
KEADILAN untuk ditandingi oleh Ustaz Azhar Idrus. Khabarnya, orang kuat
KEADILAN Pahang ini amat meminati kuliah Ustaz Azhar Idrus.
Terdapat respon yang bersetuju agar Ustaz Azhar bertanding di dalam PRU
akan datang. Tetapi banyak juga yang tidak bersetuju kerana mereka
mahukan agar Ustaz Azhar terus berdakwah seperti sekarang kerana
peminat-peminat beliau bukan hanya di kalangan orang-orang PAS atau
KEADILAN. Ustaz Azhar di dalam pendekatan dakwah beliau sekarang
memberikan banyak kesan di dalam menguntungkan perjuangan PAS
terutamanya. Boleh dikatakan golongan artis yang kini telah mula
berubah dan condong kepada perjuangan Islam adalah hasil dakwah daripada
Ustaz Azhar Idrus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan