MCA ugut keluar BN jika Umno Johor laksana hudud seperti yang diumumkan
Timbalan Menteri Pertanian, Dato'
Chua Tee Yong Chua menegaskan MCA akan meninggalkan BN sekiranya hudud
dilaksanakan oleh Umno. Beliau
menolak cadangan untuk melaksanakan undang-undang hudud ke atas orang
Islam dan bukan Islam di Johor kerana cadangan itu hanya dibuat oleh
seorang Adun Umno. Katanya,
beliau hanya mengambil kira kenyataan oleh tokoh seperti Presiden PAS,
Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am parti itu, Dato' Nik Abdul
Aziz Nik Mat.
Chua mengulas cadangan oleh Adun Kemelah, Dato' Ayub Rahmat pada 20 Jun
lalu untuk melaksanakan undang-undang tersebut di negeri Johor. "Nik
Aziz dan Hadi Awang telah menyatakan banyak kali bahawa mereka akan
melaksanakan hudud tetapi DAP masih bekerjasama rapat dengan PAS. Tambahan pulam ini bukan daripada Pemuda PAS, tapi daripada presiden dan mursyidul amnya," kata MP Labis itu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan