Cadang Johor buat hudud, Umno dan Dato' Ayub Rahmat dituduh 'gila' oleh sekutunya MCA
Sehingga hari ini, seingat saya,
tiada pemimpin Umno yang berkokok pendek mahupun panjang. Entah kenapa
dan apa motifnya tidak diketahui. Tiba-tiba dalam Dun Johor ada "suara
PAS" yang memakai uniform Umno-BN mencadangkan agar Johor melaksanakan
hudud. Tiada salah dan celanya pada hemat saya, syor yang dibuat Adun
Kemelah, Dato' Ayob Rahmat. Itu cadangan yang terpuji dan Mursyidul Am
PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pun menyantuni syor positif
itu. Umno boleh lakukannya di Johor kerana di Kelantan ianya disekat dan
terhalang.
Tetapi malang agaknya menjadi Adun Umno-BN, syor itu dihempuk keras oleh
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Perdana Menteri, Dato' Seri
Najib Tun Razak tidak pula tampil membela Ayub Rahmat yang disifatkan
Chua Soi Lek sebagai "hilang akal". Pada hemat saya, menyifatkan Ayub sebagai 'hilang akal' samalah juga mendakwa pemimpin Umno itu sebagai 'gila'. Bukankah hilang
akal itu maknanya gila. Apa sikap pimpinan Umno terhadap Soi Lek yang
mendakwa cadangan Umno satu cadangan menggambarkan orang hilang akal,
yang bermakna cadangan daripada orang gila?
Sebelum ini, Ayub mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan
hukum hudud di Malaysia pada 20 Jun lalu di mesyuarat pertama penggal
persidangan kelima Dun Johor ke-12. Soi
Lek juga dalam twitternya mengatakan Ayub telah kehabisan idea sehingga
menimbulkan cadangan berkenaan dan beliau menegaskan MCA pasti akan
menentang usaha itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan