Assalamu'alaikum...
Mesyuarat Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Perak Jun lalu memutuskan untuk membuka satu blog baru. Setiausaha LKK PAS Kawasan Lenggong, Sdr Mohd Syamil Azhar diamanahkan untuk mengendalikannya.
Blog LKK menjadi kenyataan kini dan diharap benar-benar dapat dimanfaatkan oleh LKK negeri dan LKK seluruh kawasan di Perak. Ketrampilannya diharap dapat menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat negeri ini yang pernah diperintah selama 11 bulan oleh Pakatan Rakyat sebelum dirampas dengan cara yang amat memalukan oleh BN yang diterajui parti Melayu, Umno.
Berikutan kepercayaan LKK PAS negeri kepada LKK Lenggong untuk mengendalikan blog baru ini, Ketua LKK PAS Lenggong, Sdr Mohd Hatta Abdul Aziz menyarankan supaya ahli-ahli dan penyokong PAS seluruh Lenggong melawatinya sertiap hari.
Katanya, selain melawatinya, diharap tidak ketinggalan juga untuk menjadi penyumbang supaya blog ini tidak kaku sebelum diisi pelbagai aktiviti oleh LKK PAS negeri dan LKK seluruh kawasan di Perak.
Kunjungilah lkkpasperak.blogspot.com dan hantarlah (email) berita-berita terkini kepada lkkpasperak@gmail.com.
Mengapa Saya ‘Ghaib’ Dari Media Sosial Sejak Januari 2021 (Dan Apa Yang
Saya Dapat Selepas 5 Tahun)
-
Januari 2021. Itulah titik permulaan saya mengambil keputusan drastik:
menutup terus semua akaun media sosial. Hari ini, selepas lebih 5 tahun
hidup tanpa ...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan