PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 3 Julai 2012

Media Perdana Aibkan Najib

Nampaknya ramai pegawai tinggi kerajaan dan eksekutif GLC tidak sebulu dengan Najib. Tindakan najib cukup senang dan mudah, kepada mereka-mereka yang tidak sehaluan dengannya, tamatkan sahaja perkhidmatannya.
Dan inilah yang berlaku kepada bekas Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar dan bekas CEO Petronas, Tan Sri Hassan Merican. Kita sama-sama lihat, selepas ini siapa pulak yang akan di tamatkan perkhidmatan gara-gara tidak sebulu dengan Najib.

Blogger tak senang dengan isu KP JPA ditamat khidmat

Penulis blog pro-BN menyelar Berita Harian ekoran laporan yang menonjolkan penamatan khidmat bekas ketua pengarah perkhidmatan awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah.
Penulis blog berkenaan menimbulkan isu berkenaan kerana berpendapat penamatan khidmat penjawat awam kanan itu sepatutnya tidak diperbesar-besarkan.
Wartawan veteran dan Datuk Ahiruddin Atan yang menulis di rockybru.com.my berkata beliau bimbang kerana penulis blog pro-establishment berasa tidak senang dengan kumpulan akhbar NSTP, terutama pengarang urusan kumpulan kanannya, Datuk Jalil Abdul Hamid.
Satu lagi blog pro-Umno, Unspinners pula menyifatkan laporan Berita Harian itu sebagai satu "sabotaj" ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menuntut supaya Jalil dipecat.
Spekulasi yang timbul di blog sebelum ini mengatakan bahawa Abu Bakar ditamatan perkhidmatan ekoran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetus kontroversi kerana ia memberi peningkatan gaji yang tinggi kepada pengawai kanan tetapi hanya peningkatan serendah RM10 kepada pekerja bawahan.
"Jalil nampaknya bersekongkol memalukan Perdana Menteri dengan membela Abu Bakar melalui cara memberi ruang untuk dia menyuarakan rungutan.
"Sudahlah Najib dimalukan kerana terpaksa menukar keputusan, laporan tersebut akan dianggap seolah-olah Abu Bakar telah dianiayakan," tulisan di laman theunspinners.blogspot.com itu dipetik.
Najib pada 8 Mac lalu mengumumkan bahawa SBPA akan dimansuhkan selepas rancangan itu menerima kritikan keras daripada kakitangan awam.
Abdul Jalil dilantik sebagai pengarang urusan kumpulan NSTP pada 15 Oktober tahun lalu.
Sebelum itu, Abdul Jalil merupakan pegurus besar kanan di jabatan hal ehwal korporat Suruhanjaya Sekuriti pada 2009 sebelum dipinjamkan ke jawatan ketua komunikasi kebangsaan di Pejabat Perdana Menteri.
Abu Bakar dalam Berita Harian dilaporkan sebagai berkata beliau tidak bersara namun khidmatkan diberhentikan oleh kerajaan.
Abu Bakar berkata beliau menerima surat penamatan khidmatnya daripada Jabatan Perkhidmatan Awam yang menyatakan bahawa khidmatnya berakhir pada 1 Julai.
Tambahnya, beliau berhasrat untuk bersara pada usia 60 tahun namun disebabkan penamatan awal itu, kuantum pencen dan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjanya hanya dikira sehingga 30 Jun tahun ini.
Abu Bakar, 57, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan