Najib "takut" Scorpene walaupun "hantu polong" dalam daftar pemilih sebelahi PRU-13
Nak kata tidak, tak logik tapi
hakikatnya benar benar Najib anak Tun Razak takut untuk adakan pilihan
raya. Jika boleh ditiadakan pilihan raya sudah tentu Najib tidak akan
istihar bubar Parlimen buat selama-lamanya. Tapi, apakan daya, cukup
lima tahun, satu penggal maka Parlimen automatik akan diterbubar dengan
sendirinya. Kenapa najib tertangguh-tangguh untuk adakan pilihan raya? Satu rencana akhbar The Vancouver Sun
pada 3 Julai lalu menyatakan Perdana Menteri, Najib Razak menangguhkan
rancangan mengadakan pilihan raya umum disebabkan kes rasuah Scorpene.
Rencana ditulis Jonathan Manthorpe itu melaporkan Setiausaha Parlimen
Najib memaklumkan pilihan raya hanya akan diadakan selepas tamat mandat
lima tahun pada Mac 2013, walaupun sebelum ini sumber dalam Umno
mengatakan ia akan diadakan Julai. Lebih
teruk bagi Najib, tulis Jonathan, dokumen siasatan polis Perancis
menunjukkan firma pertahanan Perancis, DCNS membayar USD$45 juta untuk
mendapatkan dokumen sulit Tentera Laut Malaysia. Pembangkang
Malaysia berkata jika dakwaaan itu benar, penjualan dokumen sulit yang
memberi kelebihan kepada DCNS dalam tender kapal selam itu adalah satu
pengkhianatan. Masalah
Najib yang bertimpa-timpa diberatkan lagi apabila 133 fail hasil serbuan
Unit Anti-Jenayah Terancang Polis Kehakiman Perancis ke pejabat DCNS di
Paris dibocorkan kepada laman Asia Sentinel.
"Dokumen itu antaranya menjelaskan DCNS bertindak membeli pengaruh
melalui orang kanan Najib, Abdul Razak Baginda selepas merasa
ketinggalan dengan syariket German, Kockums AB dalam persaingan melobi
kerajaan Malaysia. Dalam dokumen
lain, pegawai DCNS mengatakan bayaran USD142 juta kepada Perimekar akan
dibahagikan kepada beberapa individu dan juga parti pemerintah iaitu
Umno," jelas Manthorpe seperti dipetik. Pada 7 Mei lalu, rencana Manthorpe dalam akhbar utama British Columbia
itu melaporkan mahkamah Perancis memulakan perbicaraan kes Scorpene
yang kini memasuki peringkat perbicaraan di Tribunal de Grande Instance,
Paris. Kes itu turut dikaitkan dengan Najib dan pembunuhan penterjemah Altantuya Sharibuu dalam skandal berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan