Umno rekrut 10 ribu Cybertrooper lancar serangan kepada Pakatan Rakyat
Pada bulan November tahun lepas,
Perdana Menteri Najib Razak telah melancarkan Konvensyen Media Sosial
1Malaysia di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur, dengan merekrut
2,000 pengguna media sosial yang telah menghadirkan diri sebagai
angkatan tentera baru pahlawan siber UMNO-Barisan Nasional. Semenjak
itu, kira-kira 10 konvensyen media sosial telah diadakan di
negeri-negeri yang berlainan, iaitu sebahagian daripada program untuk
merekrut lebih 10,000 cybertrooper UMNO-BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.
Seperti yang ditekankan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan, Rais Yatim dalam pelancaran edisi Selangor padabulan lepas, cybertrooper UMNO-BN haruslah "menyerang balas segala fitnah yang sedang berlaku di laman-laman sesawang". Tambah beliau, "Jika orang ramai mahu terus tweet yang 'Bersih itu bersih' orang ramai akan percaya bahawa gerakan tersebut adalah tulen. Tweet balik dan katakan yang Bersih itu kotor.
Najib harus menjelaskan mengapa dana awam harus dibelanjakan untuk merekrut angkatan tentera lebih dari 10,000 cybertrooper UMNO-BN
menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 yang akan datang, tidak kiralah
melalui Biro Tatanegara (BTN) atau Sekretariat 1Malaysia. Rakyat
Malaysia yang membayar cukai juga wajib diberi penjelasan jumlah
daripada peruntukan dana awam yang telah digunakan di atas setiap satu
Konvensyen Media Sosial 1Malaysia sejak bulan November lalu untuk
merekrut lebih 10,000 cybertrooper UMNO-BN, terutama sekali yang menyamar di bawah program Jelajah Janji Ditepati oleh Perdana Menteri.
Rakyat Malaysia kini mula khuatir mengenai Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Najib yang berusaha untuk merekrut 10,000 cybertrooper
UMNO-BN sememangnya anti-nasional dengan tidak mengendahkan objektif
1Malaysia untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang beretika, harmoni
dan bersepakat. Ini jelas dapat
dilihat oleh konvensyen media sosial anjuran BTN dan Sekretariat Media
Sosial 1Malaysia pada hari Sabtu di mana Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia
Mohd Zaini Hassan telah mengesahkan lagi kewartawanan yang tidak
beretika dan tidak jujur dalam memutarbelitkan fakta serta menjadikan
yang palsu itu benar.
>> Komentar Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan