Akhirnya.. Adun Umno Mengakui Anak Muda Sokong Pakatan Rakyat
KANGAR - Wakil penyokong kerajaan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis
mengakui bahawa kecenderungan sokongan golongan muda kepada parti
pemerintah kini semakin menurun.
Berucap pada Sidang DUN pagi tadi, Khairi Hassan (BN-Mata Ayer) berkata, kerajaan perlu memberi penumpuan kepada masa depan orang-orang muda.

"Orang muda ni nak kena jaga mereka, kena cari peluang-peluang pekerjaan
kepada golongan ini. Mereka sekarang ini dilihat sudah tidak menyokong
kita," katanya ketika berucap membahaskan Usul Menjunjung Kasih Ke atas
Titah Ucapan Tuanku Raja Perlis yang merasmikan Penggal Persidangan
Kelima Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-12 semalam.
Dalam ucapannya juga, selaku seorang wakil rakyat Khairi juga mengakui isu-isu seperti Altantuya atau isu liwat kini sudah tidak mendapat tempat di kalangan masyarakat khususnya di peringkat bawahan.
"Rakyat sekarang ni mahu kerajaan lebih memberi perhatian kepada nasib mereka. Isu-isu macam ni hanya sebahagian masyarakat kelas pertengahan sahaja yang ambil tahu.
"Masyarakat bawahan pula dah meluat dengan benda-benda macam ni. Kita wakil rakyat tak kira Umno atau PAS kena ambil tanggungjawab membantu rakyat dengan sokongan daripada jabatan-jabatan kerajaan," jelasnya. ~paspb

Tiada ulasan:
Catat Ulasan