PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Sabtu, 15 September 2012





LENGGONG: Kalau P Ramlee masih hidup mungkin dia juga akan masuk PAS sepertimana Aishah Ariffin dan Abby Abadi kerana hampir semua filem-filem arahan Allahyarham menghentam Umno.
     Pengarah Jabatan Tarbiyah dan Pengkaderan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, dalam salah satu filemnya, P Ramlee eja alif, mim, nun tendang wau; sarkas.
     "Filem-filem P Ramlee banyak hentam Umno, di mana apa yang digambarkannya dibuat oleh pemimpin-pemimpin Umno.
     "Saya berceramah di Selangor saya sebut kisah Kasim Baba yang sapu habis harta dalam gua, kecuali lampu, Kasim baba kata nasib baik kau  sebab panas, kalau tidak kau pun aku sapu habis. Pemimpin-pemimpin Umno pun tak ubah macam Kasim Baba," katanya.
      Ustaz Idris berkata, kalau P Ramlee masih hidup mungkin beliau juga akan masuk PAS seperti beberapa artis yang telah menyertai PAS.
     Beliau berkata demikian ketika berceramah di Surau Ibnu Zakaria, Dataran Sungai Perak, Kampung Luat bersama Timbalam Pesuruhjaya PAS Perak, yang juga Yang Dipertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria.
     Beliau seterusnya menayangkan video tarian Najib, Rosmah dan pemimpin-pemimpin Umno selepas Raya baru-baru ini, di mana katanya, pemimpin-pemimpin inikah yang hendak ditaati sepertimana khutbah yang dibacakan di masjid-masjid di seluruh negara Jumaat (14 september) lalu.
     Mengulas sedikit bab ketaatan kepada pemerintah, Ustaz Idris berkata taat kepada Allah dan kepada Rasul adalah mutlak, tetapi taat kepada pemimpin selagimana pemimpin taat dan patuh kepada Allah.
    
     

1 ulasan:

  1. tak semua filem p.ramlee hentam umno. bodoh punya PAS.

    BalasPadam