Ust. Ridhuan Tee Tegur Najib, Boleh Percaya Nombor Tapi Jangan Sampai Syirik
PETALING
JAYA - Boleh percaya kepada nombor, tetapi jangan sampai syirik.
Penceramah bebas, Mohd Ridhuan Tee Abdullah menegaskan, umat Islam
perlulah berhati-hati apabila merancang dengan menentukan sesuatu
perkara dengan nombor.
“Seperti ramalan tarikh pilihan raya yang akan datang, ramalan-ramalan yang dibuat adalah berdasarkan pandangan pihak-pihak tertentu berdasarkan pemerhatian dan penyelidikan mereka.

Sebagai umat Islam, kita tidak boleh mempercayainya
dengan sepenuhnya kerana bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh
menyebabkan syirik.
Apabila dihubungi FMT hari ini, Ridhuan menjelaskan, tidak salah jika satu-satu tarikh dipilih kerana menganggap ianya adalah tarikh istimewa atau tarikh itu menyebelahi pihak tersebut, tetapi jika tarikh itu dipilih kerana ia akan merubah kehidupannya, itu dianggap syirik kerana menafikan kebesaran Tuhan.
“Kita boleh merancang, tetapi hanya Allah SWT yang akan menentukannya. Kita boleh memilih tarikh yang dirasakan sesuai atau bertuah. Jika pihak yang bertanding dalam pilihan raya itu kalah pada tarikh ‘bertuah’ yang dipilih, adakah tarikh itu yang akan dipersalahkan?
Tambah Ridhuan lagi, dalam Islam, adalah lebih baik untuk meminta sendiri petunjuk daripada Allah SWT dengan melakukan solat Istiqarah dan berdoa agar diberikan pedoman dan petunjuk yang terbaik. Dengan itu, kita tidak perlu lagi bergantung kepada nombor bertuah dan sebagainya.
“Jangan percaya sepenuhnya, hanya jadikan sebagai panduan dan bukan sebagai petunjuk. Tarikh hanyalah sekadar angka semata-mata. Tidak laksana pilihan raya pada bulan November pun tidak mengapa, masih ada masa lagi, katanya.
Sebuah akhbar tempatan hari ini memaparkan mengenai ramalan menegenai tarik pilihan raya umum ke 13. ~fmt

Tiada ulasan:
Catat Ulasan