PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Rabu, 5 September 2012

Gambar Pemuda PAS Beli Nombor Ekor Pulak Tersebar

Gambar fake
Susulan gambar pemuda melayu yang memakai baju umno membeli nombor ekor disiarkan oleh beberapa blogger termasuk wasukalu dalam entry yang bertajuk Melayu Ni Beli Nombor Ekor Pakai Baju Parti XXXX , blogger pro umno membuat fitnah baru dengan mengedit gambar tersebut.
Pemuda yang berbaju merah berlambang umno bertukar kepada pemuda berbaju hijau berlambang PAS. Namun pilihan warna baju yang tidak tepat membuatkan gambar tersebut boleh dinilai sebagai palsu dengan mudah.

Memang dahsyat diorang ni. Sedikit pun tidak rasa berdosa. Menyebarkan gambar palsu. Apa yang mereka tahu hanya memutarbelitkan fakta. Ini isu kecik. Isu-isu besar pun serupa juga depa dok pusing line sana sini.
Kesian kat mereka yang dah hilang nilai agama kerana mempertahankan kemungkaran rakan-rakan mereka. Hanya kerana umno.

Menipu dan memutar belit fakta sudah jadi nasi bagi mereka. Terbiasa sangat. Sampai tidak terasa diri berbuat dosa kerana menipu ramai orang.
Org politik menipu dapat duit, hidup senang lenang di dunia. Tetapi malang pencacai menipu untuk membela parti.
Habuk pun tarakkk! Hukuman tuhan di alam barzah, padang mahsyar dan neraka sedia menanti. Janji Allah adalah pasti. Semoga dibukakan hati untuk bertaubat.

Ingatlah wahai sahabat blogger pihak umno bn, ruginya berbuat dosa tanpa keuntungan duniawi kerana orang politik menipu untuk hidup mewah di muka bumi.
Di akhirat mereka rugi. Kalian yang menipu tanpa hasil duniawi mendapat rugi di dunia dan akhirat. Fikir-fikirkan lah. Kat bawah ni gambar asal..
Gambar asal
~wasukalu

1 ulasan:

  1. Here’s what your property ads in newspapers must have in order to get the best offer.
    Egyptian cotton bedding has become the popular choice of many savvy consumers.
    Now, many Indian advertising agencies begin to pay more attention to Indian Hindi news and this can be led to the increase in
    revenue generation. As of now, I can only speculate that there are more good than bad to go
    on-line for the newspaper publishers in Malaysia as apparently there
    has been no case where a newspaper publisher has gone bust.
    Somerset House Between 1776 and 1786, Somerset House wasbuilt on the site of
    a Tudor mansion built in 1547 by Edward Seymour, Earl of Somerset
    and uncle to Edward VI of England.

    Also visit my page ... egyptian newspapers

    BalasPadam