PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Ahad, 16 September 2012

Noh Omar Kata BN "Pondan Siam"


Tanpa di sedari.. Noh Omar sebenarnya mengata BN yang pondan siam.. Apa tidaknya?? BN tidak berani berhadapan PRU13 dengan kekuatannya sendiri. Tanpa jentera kerajaan yang seperti SPR,JPN dan pelbagai agensi sudah tentu BN sudah lama berkubur di arena politik Malaysia. BN adalah pondan siam..
 PRU13: BN Selangor ‘anak jantan’ atau ‘pondan siam’
PETALING JAYA - Pemuda PAS menyokong pendirian kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor yang mahu Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) diadakan berasingan dengan Pusat.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan berkata, pihaknya cukup yakin pilihan raya berasingan tidak akan melemahkan jentera mereka malah telah bersedia lama di setiap negeri sejak PRU yang lalu.

“Kami menyokong hasrat kerajaan Negeri Selangor untuk melakukan pilihanraya secara berasingan daripada kerajaan persekutuan kerana masih ada lagi penyelewengan di dalam daftar pemilih Negeri Selangor yang masih belum dibersihkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR),” katanya dalam kenyataan media.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Rabu lalu memberi ‘lampu hijau’ kepada kerajaan Selangor supaya tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan Parlimen.

Alasannya, beliau tidak berpuas hati dengan beberapa isu daftar nama pemilih yang diragui di Selangor yang masih gagal ditangani SPR kerajaan neger telah menyatakan kesedian untuk menyediakan dana bagi membantu proses tersebut.

“Kerana jumlah ratusan ribu nama masih belum disahkan di Selangor, maka saya bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim bahawa Selangor tidak akan mengadakan pilihan raya DUN sekiranya ia diadakan dalam masa terdekat,” katanya yang turut menjangkakan PRU13 pada awal November ini.

Sementara itu, Sany berkata pihaknya turut menyambut cabaran daripada pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang melahirkan keyakinan mereka untuk merampas semula negeri Selangor sekiranya PRU13 diadakan secara berasingan.

Noh kata PKR takut

Beliau berharap agar jentera seluruh jentera Pakatan Rakyat di semua peringkat sentiasa berwaspada dan bersedia sepenuhnya dari segi mental dan fizikal dengan sebarang tindakan provokasi pihak-pihak yang ‘tidak siuman’ menjelangnya PRU.

“Kita akan lihat apakah pemimpin Umno dan Barisan Nasional Selangor benar-benar ‘anak jantan’ ataupun ‘pondan siam’ semata,” katanya.

Keputusan kerajaan Selangor ini bagaimanapun mendapat tentangan hebat daripada Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Noh berkata keputusan ini menunjukkan kerajaan PKR takut menyerahkan mandat kepada rakyat kerana masih banyak janji semasa PRU12 yang masih belum terlaksana.

Katanya, itu hanya helah kerajaan Selangor semata-mata untuk ‘membeli masa’ bagi membolehkan mereka menyelesaikan pelbagai isu kontroversi termasuk isu kerugian Universiti Industri Selangor (Unisel), hutang Talam Corporation dan Loji Langat 2.

“PKR Selangor tidak bersedia menghadapi pilihan raya kerana melihat rakyat telahpun kembali sedar tentang penipuan mereka, sebab itu mereka takut dengan rakyat kerana banyak janji yang tidak ditepati.

“Kesimpulannya, PKR Selangor takut serah mandat kepada rakyat dan mereka sudah mula rasa gila kuasa dan kalau boleh mereka tidak mahu pilihan raya diadakan langsung,” katanya. ~freemalaysiatoday

Tiada ulasan:

Catat Ulasan