Rupanya Zambry Kadir Tak Tahu MCA Gopeng Dalam Krisis
Peh, konfiden tersangat-sangat beb.Macam dah yakin sangat nampaknya
dapat rampas semula, tapi benarkah begitu?Dengan nada separa angkuh
bercampur separa yakin, Barisan Nasional (BN) negeri Perak mengekalkan
tradisi apabila memutuskan kerusi Parlimen Gopeng kekal ditandingi oleh
MCA sebagai calon BN pada pilihanraya umum ke-13 nanti, kata
Pengerusinya, Zambry Kadir.Beliau berkata Gopeng yang mempunyai majoriti
pengundi masyarakat Cina itu akan diwakili oleh calon BN dari MCA dan
yakin calon yang dikemukakan parti tersebut mengambil kira semua faktor.
"MCA akan mewakili BN dan saya yakin kali ini MCA akan meletakkan calon yang berwibawa, kerusi ini kita akan pastikan kembali kepada BN pada pilihan raya akan datang. (Kerusi) itu adalah kita (BN) punya tradisi, saya tidak mahu membuat spekulasi, kita mahu teruskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Gopeng.Zambry yang juga Menteri Besar Haram Perak berkata beliau sentiasa mengikuti perkembangan bahagian Gopeng dan berpuas hati dengan perpaduan antara anggota Umno serta komponen BN lain kerana apa yang lebih penting adalah persiapan bagi memenangi pilihanraya umum kelak.
"Kita mahu pastikan semua calon bebas daripada sebarang masalah, kita tidak akan calonkan mereka yang bermasalah, saya yakin apa yang dikemukakan presiden parti akan mengambil kira semua faktor termasuk latar belakang serta kesediaan rakyat untuk menerima calon," katanya.Beliau berkata pada dasarnya adalah penting untuk melihat sama ada rakyat menyokong atau tidak calon berkenaan kerana rakyat mempunyai pandangan dari sudut yang berbeza-beza terhadap seseorang calon.Semua anggota Umno bahagian Gopeng juga telah memberi janji bukan hanya kepadanya malah kepada Najib Altantuya sebagai presiden parti dan mereka faham bahawa keutamaan BN adalah untuk memenangi pilihan raya umum akan datang, katanya."Sabotaj dalaman tidak akan timbul, jika ada sudah tentu parti akan ambil tindakan yang sewajarnya," katanya.
Pada pilihan raya umum lepas, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Lee Boon Chye mengalahkan calon BN Ling Hee Leong yang juga anak bekas presiden MCA, Ling Liong Sik dengan majoriti besar 7,368 undi.Terdahulu, dalam ucapannya Zambry berkata selain bekerja keras untuk merampas semula kerusi Parlimen Gopeng, BN juga perlu mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat."Siapa yang terpilih menjadi calon nanti, kita perlu sokong atas nama parti BN dan bagi yang tidak terpilih mereka harus berlapang dada...jangan berlaku pertempuran sesama kita dalam parti sebaliknya medan pertempuran kita ialah dengan Pakatan Rakyat,” katanya.Bagaimanapun, penganalisis politik yang mengulas komen Zambry menyifatkan ianya tidak lebih daripada menutup krisis dalaman MCA Gopeng yang dikatakan sangat parah.
Presiden MCA, Chua Soi Lek tidak mahu anak Liong Sik dicalonkan semula kerana ia akan menimbulkan masalah terhadap anaknya sendiri, Chua Tee Yong walaupun tidak bertanding di parlimen tersebut kerana mahu mengekalkan kerusi parlimen Labis, Johor yang pernah disandangnya.Tetapi berita yang kurang enak didengar menyatakan timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Heng Sai Kee akan diletakkan sebagai calon kununnya bagi menafikan peluang Hee Leong.Bagaimanapun Sai Kee bukan dalam pasukan Soi Lek tetapi berada dalam kumpulan bekas presiden MCA, Ong Tee Keat yang juga musuh ketat Soi Lek!Tambah memburukkan keadaan, Sai Kee dikatakan sedang melobi beberapa pemimpin kanan BN menggunakan sejumlah wang (baca: rasuah) supaya mencalonkan dirinya tanpa mendapat restu Soi Lek sendiri.
Sebab itu hari ini Soi Lek menafikan adanya cubaan melobi dari Sai Kee sebagai reaksi balas terhadap tndakannya yang direstui puak Tee Keat yang masih berkuku dalam MCA.Persoalannya, bagaimanakah Zambry boleh mengaku mempunyai peluang merampas kembali parlimen itu sedangkan rakyat negeri ini masih terkesan dengan rampasan kuasa yang diketuai timbalan perdana menteri sendiri ketika itu, Najib Altantuya pada 4 Februari 2009?Apakah justifikasi kenyataan Zambry yang sebenarnya mahu menutup mulut pesaing terdekatnya yang juga Exco Haram Hamidah Osman yang berkemungkinan kalah di DUN Sungai Rapat yang diwakilinya?
Sudah menjadi rahsia umum pertentangan antara dua pemimpin Umno ini tercetus sejak Hamidah dinafikan peluang di saat akhir menjadi menteri besar setelah Najib Altantuya gagal memintas Abdullah Badawi yang mahukan Zambry dilantik menteri besar tanpa melalui proses undang-undang yang sah yang melibatkan Sultan Perak yang kununnya pakar undang-undang, Sultan Azlan Shah.Sebenarnya kata penganalisis itu lagi, Zambry cuma bermimpi di siang hari melihat Gopeng kembali ke tangan BN kerana ia kini sudah menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat melalui Dr Lee Boon Chye dan jentera pilihanraya yang sangat efisen walau dikekang dengan sumber kewangan yang sangat terhad!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan