Kenapa Baru Sekarang Isu Minuman Keras Dibangkitkan?.. Ini Jawapannya
Sebagai seorang Islam, Addin terpanggil untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh artis nih. Supaya menghilangkan kekeliruan dikalangan masyarakat. Sebelum nih, Addin ada mengeluarkan artikel berkaitan artis berkenaan di sini.
Apa yang di bicarakan oleh artis nih sudah terpesong.. Apapun Addin doakan semoga beliau kembali ke jalan yang lurus.. Pengharaman arak dalam Islam amatlah jelas berdasarkan dalil-dalil berikut..
Dari Annas bin Malik katanya , Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak iaitu Pembuatnya , Pengedarnya , Peminumnya , Pembawanya , Pengirimnya , Penuangnya , Penjualnya , Pemakan wang hasilnya , Pembayarnya dan juga Pemesannya .” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman ! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah , adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan . Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya ." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)
Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan ." (Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3 , kitab memabukkan , Bab 30 , Hadis no . 3371)
Daripada Abu Malik al-Ays’ari katanya , Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain . (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis . Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau babi ." (Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman .)
~ Sumber
Jadi.. sebelum mengeluarkan kata-kata.. berfikirlah terlebih dahulu, jangan main sedap mulut je. Bukannya apa.. kita takut dalam tak sedar kita tergelincir akidah.
Kita sebagai umat Nabi Muhamad S.A.W (Umat Islam) , mesti pandai dalam pengurusan membezakan yang mana baik dan yang mana yang sebaliknya. Jadi, yang baik di jadikan tauladan, yang buruk di jadikan sempadan. wallahualam..
Jadi.. sebelum mengeluarkan kata-kata.. berfikirlah terlebih dahulu, jangan main sedap mulut je. Bukannya apa.. kita takut dalam tak sedar kita tergelincir akidah.
Kita sebagai umat Nabi Muhamad S.A.W (Umat Islam) , mesti pandai dalam pengurusan membezakan yang mana baik dan yang mana yang sebaliknya. Jadi, yang baik di jadikan tauladan, yang buruk di jadikan sempadan. wallahualam..
Kenapa Baru Sekarang Isu Minuman Keras Dibangkitkan? – Mizz Nina
KUALA LUMPUR - Mengakui mengetahui persembahan yang bakal dijayakan mendapat penajaan dari syarikat minum keras, penyanyi Mizz Nina memberitahu dia berasa pelik mengapa baru sekarang isu seperti ini dibangkitkan oleh segelintir pihak sekarang.“Persembahan yang akam berlangsung pada 28 September itu hanyalah pra persembahan saja. Ini adalah tahun ketiga saya terlibat dengan persembahan ini.“Untuk majlis itu, saya hanya dijemput untuk mengadakan persembahan saja. Tidak lebih dari itu. Pada persembahan sebelum ini, saya pernah meminta kepada pihak penganjur supaya tidak menghidangkan arak dalam persembahan saya.“Apa yang saya boleh katakan, saya hanya pergi untuk buat persembahan dan tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang promosi yang berkaitan dengan jenama arak itu,” katanya ketika dihubungi murai.com.my.Dalam pada itu, Mizz Nina beranggapan berkemungkinan isu ini bangkit selepas dia kini sah bergelar isteri kepada Noh Hujan.“Saya memang tahu gambar saya ada digunakan dalam poster itu. Tapi, kenapa baru tahun ini isu ini dipersoalkan. Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan hal ini.Mungkin isu ini dibangkitkan segelintir peminat disebabkan saya sudah berkahwin. Sejujurnya, saya sudah melibatkan diri sebagai artis undangan dari tahun 2010 dan 2011 lagi.
“Sekali lagi saya tegaskan, saya hanya datang untuk buat persembahan saja. Lagipun, keluarga saya mengetahui dan bersetuju dengan penglibatan saya,” jelasnya. ~murai.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan