Takut Terkantoi!! SPR Gagal Dedah Senarai Daftar Pemilih Terkini..
KUALA LUMPUR 18 September: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal
mendedahkan senarai daftar pemilih terkini menyebabkan kesukaran
terhadap proses semakan bagi mengenalpasti nama pengundi baru yang
diragui dalam usaha menyelesaikan masalah daftar pemilih.
Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Selangor, Borhan Aman Shah (gambar) berkata, keengganan SPR berbuat demikian menunjukkan badan itu tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan negeri kerana masih belum mendedahkan senarai daftar pemilih.
Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Selangor, Borhan Aman Shah (gambar) berkata, keengganan SPR berbuat demikian menunjukkan badan itu tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan negeri kerana masih belum mendedahkan senarai daftar pemilih.
“Jangan hanya tahu tuduh kerajaan negeri, persoalan pokoknya kenapa SPR tidak dedahkan nama-nama tersebut.
“Apa yang penting SPR kena dedahkan untuk memudahkan kami membuat semakan supaya tidak timbul nama bertindih dan sebagainya. Takkan SPR mahu dedah nama dua minggu sebelum pilihan raya?,” katanya ketika dihubungi.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mendakwa kononnya Kerajaan Selangor tidak pernah membuat aduan dan menunjukkan hasil siasatan mereka berhubung senarai nama pengundi baru yang meragukan kepada badan itu.
Selangor bantu SPR
Borhan menjelaskan, proses pendemokrasian oleh kerajaan Selangor belum lagi selesai sepenuhnya, jadi tidak perlu SPR menuduh melulu kerana pihaknya akan membuat aduan sebaik kerja-kerja tersebut selesai.
“Apa yang dibuat oleh Kerajaan Selangor adalah proses pendemokrasian untuk bantu SPR berhubung pengundi baru yang meragukan dan nama pengundi bertindih.
“Sekarang ini kita masih dalam pengumpulan, prosesnya belum siap 100 peratus lagi. Tujuan kita adalah untuk dapatkan data terlebih dulu bagi proses pengasingan. Kalau semuanya selesai, baru kita ada bukti untuk lapor kepada SPR,” jelas beliau.
Borhan berkata, walaupun senarai daftar pemilih akan disemak mengikut pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), namun SPR tidak boleh menafikan kewujudan pengundi hantu.
“Pengundi hantu banyak takrifannya, kalau dulu orang yang sudah mati tapi ada orang lain tolong mengundi bagi pihaknya dipanggil pengundi hantu, tapi jika seseorang itu mengundi dua kali juga dipanggil pengundi hantu.
“SPR tolonglah jadi badan berkecuali, dan pastikan pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-13 ini dibuat dengan bebas dan telus,” ujarnya.
Peningkatan mendadak di Selangor
Kerajaan Selangor sebelum ini mendedahkan, peningkatan mendadak daftar pemilih negeri itu untuk Suku Ketiga 2011 berjumlah 316,788 berbanding daftar pemilih induk 2008.
Berikutan itu, Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) KEADILAN melancarkan Sistem Menang Pilihan Raya (Sismep) 3.0 di seluruh negara bermula Mei lalu.
Sismep merupakan sistem yang direka dan berfungsi mengesan pengundi hantu melalui perbezaan senarai pengundi yang berdaftar dan kawasan mengundi dari tahun 2004 hingga 2011.
Sistem itu terbukti berkesan dalam beberapa pilihan raya sebelum ini.
Rekod Daftar Pemilih Terkini Suku Tahun Ketiga 2011 Kerajaan Selangor menunjukkan pertambahan pengundi baru di Sabak Bernam ialah 5,711, Sungai Besar (6,049), Hulu Selangor (15,481), Tanjong Karang (4,307), Kuala Selangor (10,083), Selayang (16,189), Gombak (15,467), Ampang (9,467), Pandan (13,175), Hulu Langat (23,334), Serdang (23,748), Puchong (19,772), Kelana Jaya (13,714).
Manakala di Petaling Jaya Selatan berlaku pertambahan sebanyak 4,143, Petaling Jaya Utara (5,603), Subang (27,765), Shah Alam (15,417), Kapar (21,606), Klang (11,702), Kota Raja (22,256), Kuala Langat (17,172) dan Sepang (14,627). ~kd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan