PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Jumaat, 7 September 2012

Berita Panas Nih Confirm Tak Di Siarkan Di TV3,RTM Dan Astro Awani..

Pembubaran cawangan Umno di Parlimen Pasir Salak

7 September 2012 , akan menjadi saksi sejauhmanakah kebenaran pernyataan diatas. Kampung Pulau Juar terletak 5 km dari Kampung Gajah adalah sebuah kampung persisiran jalan utama Kg Gajah – Teluk Intan.
Kampung yang majoritinya berbangsa Melayu kini sudah berubah kepada kehijauan kibaran bendera kiri dan kanannya, namun paling menarik ialah bendera Bulan kebanggaan Parti Islam SeMalaysia.

Jam 8 malam nanti (7/9) ini akan menyaksikan sejarah penyerahan borang ahli beramai-ramai secara rasmi. Apakah mungkin Media Arus Perdana Utusan, Berita Harian, TV1, TV3 dan Astro Awani hadir bersama?
Dengar khabarnya bubar terus UMNO Cawangan tersebut, betul kah ini berlaku?

Jika sukar nak dapat jawapan, apa kata jom kita turun bersama ke Jamuan Mesra Aidilfitri PAS Kawassan Pasir Salak sebagaimana tarikh dan masa tertera.

Semua anda dijemput hadir. Daging kambing, lembu , itik dan ayam menanti sebagai hidangan kesyukuran kali ini.

Dan sudah pastinya tetamu undangan YB Dato Seri Ir. Hj. Nizar Jamaluddin akan hadir bersama pimpinan tempatan bagi menerima kemasukkan ahli dan perasmian Cawangan Baharu Pas Kg Pulau Juar.

Tahniah & Takbirrrr…. Allahu Akbar!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan