PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Sabtu, 15 September 2012

Kantoi!! Hisham Cakap Malaysiakini Putar Belit Tapi Rakaman Ini Membuktikan Sebaliknya

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mendakwa kenyataannya berhubung keselamatan program pembangkang semalam telah diputar belit.

Menulis di dalam Twitter, Hishammuddin menegaskan, keselamatan rakyat tetap diutamakan tanpa favoritisme atau pilih kasih.

"Malaysiakini spin - saya kata kedudukan pembangkang di Johor tak terjamin. Mereka spin: Saya kata keselamatan pembangkang tak boleh saya jamin," tulisnya di laman blog mikro itu pagi tadi.

Malaysiakini semalam melaporkan Hishammuddin sebagai berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

Merujuk kepada insiden khianat terbaru terhadap bas jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tangkak, Hishammuddin berkata, penerimaan terhadap PKR akan ditentukan orang Johor itu sendiri

Sementara itu, Bernama melaporkan Hishammuddin sebagai menjelaskan kenyataan beliau itu mengulas kepada kedudukan sokongan kepada pembangkang di Johor menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Saya kata kedudukan pembangkang di Johor tak terjamin, penduduk Johor sendiri yang tentukan, merujuk kepada sokongan terhadap pembangkang terletak di tangan penduduk Johor sendiri.

"Namun apa yang saya kesali portal itu 'spin' kata keselamatan pembangkang yang mengadakan 'road-tour' di Johor saya tidak boleh jamin... ini berniat jahat," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Hulu Terengganu 2012 di Kuala Berang di Hulu Terengganu.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan, Hishammuddin berkata beliau akan berbincang dengan kementeriannya dan Peguam Negara terlebih dahulu, lapor agensi berita nasional itu lagi.

Katanya fitnah dan politik berasaskan kebencian seperti diperlihatkan melalui putar belit kenyataannya itu sememangnya diamalkan pembangkang sejak dahulu lagi.

"Pembangkang 'memperkudakan' media alternatif ini untuk mempengaruhi rakyat. Saya harap media arus perdana memainkan peranan di barisan depan bagi menerangkan apa fakta sebenarnya.

"Rakyat harus sedar dan matang dalam melihat sesuatu isu itu, perlu kaji sedalamnya dan lihat segala sudut sebelum meletakkan pendirian mereka terhadap sesuatu isu," beliau dipetik sebagai berkata.

Berikut transkrip kenyataan Hishammuddin kepada Malaysiakini semalam untuk penilaian pembaca:

Wartawan: Johor kubu kuat Umno dan nampaknya rakyat Johor tolak PKR dengan insiden bas disimbah cat. Apa sebab penolakan terhadap PKR?

Hishammuddin: Itu kena tanya orang Johor sendiri.

Ada apa-apa mesej untuk orang Johor?

Tak ada. Orang Johor semuanya seperti biasa sahaja.

Kali ini kali ketiga (insiden simbah cat), adakah Datuk Seri boleh bagi jaminan... (dipotong)

Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri.

Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Tanya orang Johorlah.

Maknanya mereka pergi dengan tahu penuh risiko? They know the risks of where they are going...

This is politics. Politics is all about the risks.

If they take the risks, calculated. Kalau calculated tak berjalan, maknanya tiada tempatlah dia. Akhirnya orang Johor yang akan menentukan. Tetapi jelas apa yang berlaku.


* Rakaman penuh kenyataan itu boleh didengar di akaun Soundcloud Malaysiakini  

~mkini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan