PARTI ISLAM SEMALAYSIA

PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN LENGGONG

Selasa, 4 September 2012

Samseng PERKASA Bawa Kerambit Semasa Serang Anwar?

PETALING JAYA 4 September: Salah seorang ahli Perkasa yang menyerang program tazkirah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid al-Husain di Seberang Pumpong, Alor Setar Ahad lalu didapati membawa sebilah kerambit.

Perkara itu disaksikan oleh Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Abdul Rahman Yusof yang merupakan salah seorang peserta rombongan Jelajah Merdeka Rakyat yang tiba di Kedah.
Menceritakan insiden itu, beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Rahman berkata, kejadian tersebut disedarinya ketika kumpulan pendesak Melayu itu menyerbu pintu masuk masjid selepas bekalan elektrik diputuskan.

“Saya melihat dengan jelas lelaki itu kerana lampu kecemasan di masjid masih berfungsi walaupun bekalan elektrik diputuskan.

“Dia menyimpan kerambit itu dipoket baju dan hulunya terkeluar membolehkan saya melihatnya dengan jelas,” kata Penyelaras Politik Pejabat Anwar itu lagi ketika menerangkan tayangan video insiden berkenaan di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini. ~keadilandaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan